Ahad, 30 Oktober 2011

RinDunYa...


"hmm..rindunya kat syg..dah dua hari tak jmpa...." AlhamduliLLAH jika kata2 ini diucapkan oleh seorang suami kpd isteri atau seorang istri kpd suami..tapi andai ia diucapkan antara insan yg baru ada ikatan ptunangan malahan tiada apa2 ikatan..
Masya ALLAH..zina hati telah berlaku...cuba kita renungkan..rindu..satu perasaan mengingati seseorang atau sesuatu yg berjauhan dgn kita..kita selalu merindui ibu ayah,kwn2 n sbgnya..tapi adakah kita seringkali merindui ALLAH yg sntiasa merindui hamba2NYA? kita ni sombongkan? kita lebih kerap merindui manusia drpd merindui ALLAH n rasulNYA..adakah pernah terdetik di hati kita,rindunya aku kpd ALLAH..dah lama aku tak qiam,tilawah n sbgnya? sbaliknnya kita rasa biasa2 je bila tak baca al-Quran lngsung dlm sehari..apatah lg qiam..rilekslah,aku muda lagi..dah tua nnti barulah aku taubat..skrang ni masa nk enjoy2..muda hnya sekali beb!..ya..muda cuma sekali n hidup di dunia ni pun cuma smntara..kat akhirat nntilah yg kekal slamanya..takkanlah kita nk enjoy kat dunia tapi kat akhirat nnti kita menderita slama-lamanya? n sure ke kita punya umur panjang smpai tua? mana tau sat lagi Malaikat maut menjelma mnjemput kita?..ala rilekslah..kan smua org Islam akn msuk syurga gak akhirnya? masya ALLAH..tak malukah kita kita kpd al-KHOLIQ nnti? sudahlah hidup kat dunia dulu tak taat perintahNYA n tak jauhkan diri dr laranganNYA..tapi dgn muka tak malu nak msuk SyurgaNYA? cuba kita bygkan,apa perasaan kita bila ada org tiba2 je naik kereta kita pastu mnta hntar ke mana2? msti kita kata,tak malu ke? sdgkan ada dlm kalangan sahabat yg taat beribadah masih merasakan dirinya tak layak msuk Syurga ALLAH yg mulia n nabi Muhammad S.A.W. yg dijamin masuk syurga pun sgt kuat beribadah..sdgkan kita ni?..yg mpunyai iman senipis kulit bawang masih sombong utk mnangis n mrintih cinta ALLAH..ayuh bersama2 muhasabah diri..cuba kita fikir,apa tujuan ALLAH pinjamkan kita nyawa kat dunia ni melainkan utk kita mengabdikan diri kpdNYA bukan menjadikan diri hamba kpd nafsu di hati n duniawi..bgnlah muslimin n muslimat..kejutlah diri kita yg hanyut dibuai keenakan khidupan di dunia..ingatlah maut sntiasa menanti kita..waLLAHu a'alam..
p/s:peringatan buat diri sendiri n buat smua muslimin n muslimat...^_^..

Sabtu, 8 Oktober 2011

Wajah Suci

  "Masya ALLAH...tak habis-habis kes buang anak...ni campak dari tingkat dua pula..kejamnya!!..pelik betullah..orang-orang yang buang anak tu tak sayang ke kat anak-anak diorang?",ngomel Wardah sambil tangannya membelek-belek surat khabar di atas mejanya.   "Kalau diorang sayang,diorang takkan tergamak buat macam tu kat zuriat yang lahir dari rahim mereka. Oleh kerana zuriat yang dilahirkan bukan dari hasil hubungan yang halal,maka ALLAH tak campakkan rasa sayang di hati mereka terhadap anak-anak yang tak berdosa tu..",sampuk Raudhah di sebelahnya.
   "Hmmm...betul,betul,betul...Tapikan saya peliklah,diorang masih boleh berjalan dan berlagak macam orang tak lepas bersalin je lepas diorang lahirkan bayi tu..masa mak saya lahirkan adik saya yang bongsu,mak saya tak larat nak bangun pun,tapi diorang?..isyh,isyh,isyh..pelik kan?",ujar Sakinah pula.
   "Memang pelik kan?..Haa...baru saya ingat,dulukan ada kawan saya cerita tentang seorang doktor ni..doktor tu kata kan,menurut kajian yang dilakukannya,kalau bayi yang dilahirkan tu hasil hubungan halal suami-isteri,ibu yang melahirkan tu mesti akan melalui saat-saat yang sukar untuk melahirkan..tapi kalau anak tu hasil hubungan sulit seorang lelaki dan perempuan,proses kelahirannya sangat mudah..tu sebablah,mereka masih boleh melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa walaupun hakikatnya mereka baru melahirkan seorang bayi.",tambah Raudhah lagi.
   "Kasihannya kat mereka yang membuang anak ni..mungkin kewarasan akal mereka untuk berfikir sudah hilang dek maksiat-maksiat yang dilakukan..tu lah sebab ALLAH suruh kita jauhi zina,dengan mengelakkan diri dari bercouple dan dari sebarang perbuatan yang boleh menjuruskan kita kepada zina,insya ALLAH kita akan dipelihara oleh ALLAH daripada zina..."kata Sakinah.
   "Chop!...maknanya kalau kita couple,kita mendekati zina lah ye?",sampuk Wardah.
   "Ye..awak tak tau ke?,"tanya Raudhah.
   "Tak tau pun..tapi kan kawan sekolah saya dulu couple je walaupun dia bertudung lebih labuh dari saya..tapi dia tak pernah dating berdua..dia pernah cerita kat saya yang pak we dia selalu kejutkan dia untuk bangun tahajud pagi--pagi,ingatkan dia mengaji hari-hari..maknanya diorang tak melagho lah..just mesej-mesej ke arah amar ma'ruf nahi munkar..tu tak pa ke?",tanya Wardah lagi.
    "Ooo..cinta ana-enti lah ni..tetap haram walaupun caranya islamik..terus terang saya cakap,dulu saya pernah gak couple..couple macam tu lah..ala-ala islamik..tapi,alhamduliLLAH sejak dapat tarbiah baru saya sedar yang couple tu tetap haram walaupun kita tak pernah berdating..maklumlah syaitan takkan pernah berputus asa menyesatkan kita jadi kita nampak benda tu baik je padahal hakikatnya ia tetap haram..lagipun bila kita couple,mesti terbit rasa rindu kepada si dia di hati kita..nah,itulah yang dinamakan zina hati..memanglah couple islamik boleh elakkan kita dari zina mata,tangan,kaki dan kemaluan tapi,zina hati tetap tak dapat dielakkan,"ujar Raudhah.
   "Wardah,kalau benar seseorang tu jodoh kita,kita mesti akan dipertemukan dengannya suatu hari nanti walaupun kita cuba mengelak darinya..kalau dia benar-benar sayangkan kita,dia takkan ajak kita mengundang kemurkaan ALLAH..mesti dia akan biarkan kita mengecapi cinta ILAHI dan setelah sah lafaz sakinah,dia akan memimpin kita menuju cinta al-KHOLIQ bersama-sama..yakinlah dengan ALLAH..rasa ingin mencintai dan dicintai itu fitrah..kita tak dapat menafikannya,tapi ujian berkenaan cinta ni hendaklah dikawal sebaik-baiknya agar cinta yang dibina membawa kepada cinta ILAHI..",tambah Sakinah pula.
       (^_^ ) buat renungan bersama...
~ Pecinta Al-KHOLIQ~