Jumaat, 8 November 2013

Jalan Ini

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Segala pujian hanyalah layak buat Allah,Tuhan yang menciptakan sekalian alam. Apa khabar iman di dada? adakah masih nyenyak dibuai mimpi indah dunia,atau berdegup kencang sekencang angin yang membawa hujan?

Mengapa aku di sini?
Ini bukan jalan yang aku ingini.
Yang ku impi
suatu hari nanti
kot putih itu tersarung di susuk tubuh ini,
stetoskop tersangkut di leher bersedia merawat insani.
Namun,
impian itu tak mampu untuk ku idamkan lagi.

Kini
persoalan mengapa aku diletakkan di sini,
sedikit demi sedikit mula ku fahami.
Ya,
mungkin suatu ketika dahulu aku mengimpikan untuk menjadi perawat fizikal insani,
Tetapi
Allah tetapkan aku di jalan ini untuk menjadi pembantu dalam merawat rohani insani.
Berada di bumi teknikal ini memberikanku 1001 erti.
pelbagai ragam manusia,
pelbagai ujian dan mehnah melanda,
pelbagai perasaan bercampur suka dan duka.
Di sini ku temu insan-insan yang membara cinta Ilahi di jiwanya.
Dipimpinnya diri ini bersama-sama mencari cintaNya.
Sungguh ukhuwwah dan keberadaan bersama family ini sungguh bermakna.
Meskipun ia hanya bumi biasa,
Yang tak dihiasi subjek berteraskan agama,
Yang majoriti bukan bertudung labuh dan berkupiah di kepala,
Yang sentiasa bermain dengan mesin-mesin dan komputer,
Tapi di bumi inilah segalanya bermula.
Terima kasih Allah,sebab letakkan diri di jalan ini.
Sungguh Kau Maha Mengetahui.


Maaf...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan yang Menciptakan sekalian alam.

"Maafkan saya..."
hanya ambil masa beberapa saat sahaja untuk ditaip.
namun untuk diungkapkan,belum tentu mengambil masa dalam beberapa saat.

Ego kan kita?

Bila kita lakukan kesalahan,payah untuk kita akui kesalahan itu berpunca dari diri kita sendiri. Payah untuk kita meminta maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Itulah kita manusia. Jarang sekali refleksi diri. Yang sering dilakukannya,terus menerus menuding jari mencari kesalahan orang lain.

Belajarlah untuk mengakui kesalahan diri. Tundukkan ego agar tidak menguasai diri. Sungguh,kata maaf itu penuh ajaib. Hati yang panas bisa menjadi sejuk. Tak salahkan nak didik diri jadi pemaaf dan mudah meminta maaf?

Ego mana pun kita nak minta maaf pada manusia,jangan sampai kita ego untuk memohon ampunan dariNya.

Kita ni tak pernah lari dari melakukan dosa.
Andai rasa berat nak minta maaf dengan Allah,mohonlah hati yang baru denganNya. Sungguh hati itu sudah cukup berkarat sehingga sukar memohon ampunan dariNya.

Allah...
kurniakan kami hati yang baru...
hati yang lebih mencintaiMu..
hati yang lebih merinduiMu..
hati yang lebih dekat denganMu...

istighfarlah dengan hati,bukan sekadar dengan bibir diungkapi.