Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh..
"Alamak,dah pukul berapa ni?,kalau aku solat dulu,tertinggal bas pulak nanti..",getus hati Sakinah.
"Wardah,saya balik dulu ye..saya solat kat rumah je ye..",kata Sakinah sambil bergegas menuju ke perhentian bas.
"Ina!",jerit Wardah. Sakinah menghentikan langkahnya dan menoleh ke arah Wardah.
"Ina,kan baik kalau solat dulu,takut tak sempat nanti..",nasihat Wardah.
"Hmm..tak pe lah,kalau awak nak solat dulu,solatlah..saya takut tak khusyuk nanti..oklah saya jalan dulu,dah ada bas tu..da..",bicara Sakinah sambil berlari mendapatkan bas.
*********************************
Jam menunjukkan tepat pukul 6.45 petang. Sakinah berasa begitu serba salah kerana tidak menunaikan fardhu Asar terlebih dahulu. "Ya Allah dah nak habis waktu ni,aku tak solat lagi..bas ni lambat pulak..",bicara hati Sakinah.
"PON!PONNNNNNN!!!!!..."
"Argh!!!!!!!!..."
"Ya Allah..sakitnya..",kata Sakinah sambil memegang kepalanya. "Darah???,ya Allah..." Sakinah rebah ke bumi.
******************
"..fasubhanallazii biyadihii malakuutukullishay iwwa ilayhiturja'uun..sodaqoLlohul 'aziim.."
"Allah...Allah.."
Wardah segera meletakkan al-Quran yang berada dalam pegangannya.
"AlhamduliLlah..Ina,awak dah sedar?",tanya Wardah.
Sakinah mula membuka matanya perlahan-lahan. Tangannya digerakkan perlahan-lahan ke arah Wardah.
"Tolong saya,saya nak solat...",pinta Sakinah. Wardah pun membantu sahabatnya mengambil wudhu'untuk menunaikan solat. Seusai menunaikan solat secara baring dek kerana tidak mampu untuk berdiri atau duduk,Sakinah memanggil sahabatnya,Wardah untuk duduk di sampingnya.
"Wardah,kan bagus kalau saya ikut awak solat dulu hari tu..sekarang ni saya dah berhutang dengan Allah..nasib baik Allah masih bermurah hati pinjamkan saya nikmat nyawa dan jasad ni lagi..kalau tak..macamana saya nak jawab kat 'sana' nanti?..",bicara Sakinah lemah.
"Ina..",celah Wardah sambil tangannya menyeka gugusan mutiara jernih di pipi Sakinah.
"AlhamduliLLah..syukurlah awak dah sedar..tapi,perkara tu dah lepas..yang penting lepas ni awak mesti fikirkan apa yang paling utama sebelum buat sesuatu keputusan..utamakan Allah dalam apa-apa urusan pun..tak pe kalau kita tertinggal bas,yang penting kita tak tertinggal cinta Allah..kan Allah kata kita ni diciptakan untuk mengabdikan diri kepadaNya semata-mata..insya ALLAH kalau kita dah memang set dalam hati redho ALLAH itu yang utama,kita akan lupa tentang dunia..tapi jangan pula kita lupakan terus bahagian kita kat dunia ni seperti firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud,
"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu,tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." ",ujar Wardah dengan penuh kelembutan sambil bibirnya tidak lekang dari senyuman.
"Terima kasih Wardah sebab selalu beri nasihat kat saya..saya bersyukur sangat sebab Allah bagi saya seorang sahabat yang selalu mengingatkan saya kepada Allah dan sentiasa di sisi ketika suka dan duka..raut wajah awak yang tenang selalu menenangkan diri ini",ujar Sakinah lagi.
"AlhamduliLlah..terima kasih ya Allah..",bisik hati Wardah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan