Khamis, 29 Disember 2011

Sharing is Caring...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 "Sharing is caring,but not all things can be shared". Saya tertarik dengan kata-kata yang dipetik dari majalah Gen-Q isu-04 ni. Bila terbaca kata-kata ini,ingatan terus mengimbau kata-kata kak Fatimah Syarha,seorang novelis..jika seseorang itu selalu meng-up-date status fb nya dengan mengepos perkara-perkara yang kecil dan remeh-temeh,tidak mustahil untuknya mengepos sebesar-besar perkara dalam hidupnya..contohnya,jika pada hari ini si polan mengepos,"Hari ni dia tak mesej aku pun",tak mustahil bila dah berumah tangga nanti si polan akan mengepos perkara-perkara yang berlaku di dalam rumah tangganya kepada orang ramai melalui fb nya..

Bagi saya fb adalah tempat untuk perkongsian tetapi bukan tempat catatan diari harian kita. Perkongsian yang diberikan pula bukanlah perkongsian yang bukan-bukan,sebaliknya perkongsian yang dapat mengingatkan kita kepada Sang Pencipta iaitu ALLAH yang Maha Esa. Perkongsian itu juga dapat menjadi peringatan buat diri kita dan sahabat-sahabat yang lain. Fb juga bukanlah tempat untuk kita menghina dan mencela orang lain. Contohnya, jika si polan tidak puas hati dengan kawan-kawannya,tidak perlulah dia mengeposnya di wall fb nya semata-mata bagi melempiaskan ketidakpuasan hatinya terhadap kawan-kawannya. Tindakan yang sedemikian tidak akan menyelesaikan masalah,bah kan boleh menambah parah. Ya,memang si polan akan berasa lega, tetapi kawan-kawannya? Justeru,jika terdapat ketidak sefahaman antara kita dan kawan-kawan, tolong jangan post di fb,cubalah adakan perbincangan dan cakap face-to-face..

Realiti seorang manusia..

Bila orang lain melakukan kesalahan kita mudah perasan,tapi kita jarang sekali perasan kesalahan yang kita lakukan. Lagi-lagi bila yang melakukan kesalahan itu seorang yang berkopiah dan bertudung labuh. Kenapa bila golongan ini melakukan kesalahan ia lebih terserlah dan mudah menjadi buah mulut orang ramai? Sedangkan,mereka juga adalah insan biasa seperti kita yang tak lari dari melakukan kesalahan. 

Sahabat-sahabat...

عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
Hadis sahih riwayat Muslim


Bila kita nak tegur seorang sahabat,kita mesti teragak-agak untuk melakukannya..kadang-kala kita lebih suka mengambil langkah mencegah kemungkaran dengan hati..ialah sebab takut kawan kita terasa hati..tapi sahabat-sahabat dan diri saya sendiri,jangan takut untuk menegakkan kebenaran,sampai bila kita nak cegah kemungkaran dengan cara selemah-lemah iman sahaja?. Memang nasihat dari seorang sahabat itu pahit,tapi ingatlah,tatkala ada insan yang menasihati kita ke arah kebaikan,itu jelas dah membuktikan ALLAH masih kasih kepada kita sebab DIA nak kita pulang ke jalan yang benar..sepatutnya kita bersyukur dan berlapang dada bukan dengan mengambil tindakan mengata kawan yang menegur kita kepada orang lain lagi-lagi di fb. Jadi nasihat dari seorang sahabat tu satu ubat yang pahit untuk ditelan,tapi dengan izin ALLAH,sakit kita boleh  sembuh. Ingat,setelah kita mengucapkan kalimah tauhid "La ilaha illaLLah",kita sudah terikat dengan amanah untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar di muka bumi ALLAH ini..Jadi tugasan mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan bukanlah tugas khas seorang yang bergelar ustaz, berkopiah, bertudung labuh,dan hafaz al-Quran sahaja tetapi ia adalah tugas seorang insan yang telah mengaku tiada Tuhan selain Allah.

Sebelum saya mengakhiri coretan hati ni,saya memohon ampun dan maaf seandainya saya pernah mengguris hati kawan-kawan dengan perkara-perkara yang saya post di fb sejak saya menjadi facebooker. Maafkan saya jika saya pernah tag nama kawan-kawan pada notes yang saya buat dan tindakan saya itu menyakitkan hati anda. Saya akui pada saat itu saya tidak terfikir apa pandangan orang lain jika saya berbuat sedemikian,mungkin ada yang tak suka orang memberi teguran secara terbuka seperti itu dan mungkin ada yang masih boleh menerimanya. Maaf sekali lagi.

Insan-insan yang ku sayangi kerana ALLAH, ku tau,aku tidak boleh sama sekali memberi hidayah kepada mu walaupun aku ingin sekali kau mendapat hidayah ALLAH kerana aku ni hanya seorang hamba,dan hidayah itu milik ALLAH semata-mata. Hanya DIA yang layak memberi dan menarik hidayahNYA kepada dan dari sesiapa yang dikehendakiNYA..jika pada hari ini,kita kecapi hidayahNYA,jangan merasa diri kita sudah cukup bagus,kerana kita tak tau adakah mati kita nanti masih dinaungi rahmat dan hidayahNya? Moga ALLAH bermurah hati menaungi diri kita dengan rahmat kasih sayangNYA dan hati ini tidak dibolak-balikkan setelah diterangi nur hidayahNYA sehingga ke akhirnya..Hidayah ALLAH tidak akan datang bergolek, tetapi kita perlu berusaha untuk mendapatkannya demi mendapat redho Allah. Manisnya iman tiada tandingan,manisnya dunia hanya sementara..

WaLLahu a'lam..
^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan