Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh..
AlhamduliLlah..segala pujian dirafakkan kepada Sang Pencipta sekalian alam yang tiada cacat celanya kerana masih bermurah hati meminjamkan hamba NYA ini dengan nikmat nyawa dan iman di dada..
SubhanaLLAH..Maha Suci ALLAH..senyum..satu perbuatan yang mudah dilakukan..dan yang paling penting senyum merupakan satu sedekah yang paling mudah..dengan senyuman kita dapat menenangkan mata yang memandangnya..boleh jadi,kadangkala senyum juga boleh meredakan keresahan di jiwa..
Ya ALLAH,teringat pula kat pak cik yang jual roti john tadi..senyuman di bibirnya tak lekang-lekang..sehinggakan saya pun terikut sama tersenyum melihat senyuman yang terukir di wajahnya..lagi bertambah tenang,alunan Asmaul-Husna dan alunan suci 'ayat-ayat cinta' ALLAH berkumandang di corong telinga ni..tatkala menyiapkan roti john yang ditempah,mulutnya kumat kamit mengikut alunan suci yang dipasangnya..subhanaLLAH..moga ALLAH memberkati rezeki pak cik tu..
hmm..kan bagus kalau semua orang Islam yang berniaga di negara kita ni,tak kisahlah,berniaga di jalanan ke,warung-warung kecil ke,restoran ke, memasang ayat-ayat al-Quran buat halwa telinga mereka sendiri dan para pelanggan ..sambil mencari rezeki,kita juga dapat mengajak orang mengingati al-Kholiq..bak kata pepatah,"sambil menyelam minum air"..tapi,senarionya,sekarang ni kebanyakan peniaga lebih gemar menghidangkan pelanggan mereka dengan paparan yang melalaikan kita dari mengingati ALLAH..masya ALLAH..apatah lagi kadangkala tatkala azan berkumandang,suara dari kaca televisyen lagi kuat kedengaran dari suara azan yang sayup-sayup kedengaran..itulah kita manusia akhir zaman yang terlalu leka dengan dunia sehingga tidak mempedulikan seruan dari ALLAH yang Esa..nauzubiLLAHi minzalik..
Senyumlah walaupun hatimu sedang berduka,kerana senyuman yang paling manis adalah senyuman yang diukir tatkala tabah dan ikhlas menghadapi dugaan yang melanda..senyum kerana ALLAH membawa bahagia..bukan kepada dirimu sahaja bahkan insan disekelilingmu turut merasainya..
WaLLAHu a'lam..
Maaf andai ada kata yang menghiris hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan