Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah,Pencipta seluruh alam..alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan bernafas sehingga ke malam 26 Ramadhan 1433H ini..
Allah,Allah,Allah..
Bicara pasal cinta..pasti ramai yang teruja..lagi-lagi anak muda seperti saya..cinta itu fitrah tapi jangan sampai kita jadikan cinta itu fitnah..ramai tahu yang couple tu haram tapi masih juga couple kerana keegoan diri yang tinggi..ada juga yang mengatakan mereka pandai menjaga diri dan tahu lagi batas-batas pergaulan semasa bercouple,tapi,persoalannya adakah iman di dada mereka seteguh iman nabi Yusuf a.s yang menolak rayuan Zulaikha? Jika solat fardhu pun tunggang-langgang,aurat pun tak tutup dengan sempurna berlandaskan syariat,sudah cukup kukuhkah iman kita? Ramai juga yang ingat,dengan bercouple,mereka boleh kenal pasangan mereka sebelum mengambil keputusan untuk bernikah. Padahal,dalam Islam kita sudah diajar untuk mengenali bakal suami atau isteri semasa bertunang..tapi ingat, dah bertunang sekalipun batasan pergaulan masih perlu dijaga..bercinta selepas kahwin itu lebih manis berbanding dengan bercinta sebelum kahwin..bayangkan jika anda diberi hadiah,pastu hadiah tu dibalut cantik dan kemas..SUPRISE!!!anda mesti excited nak bukak hadiah tu kan? sebab anda nak tahu apa isi di dalamnya..berbanding dengan hadiah yang tidak dibalut dan anda tahu pulak apa hadiahnya,mesti anda dah tak suprised kan? lagi-lagi orang lain pun dah tahu dulu apa hadiah yang bakal anda dapat..macam tu juga lah dengan kita..jadi biarlah hubungan kita dengan suami atau isteri kita nanti penuh suprise..jangan takut..kan boleh istikharoh sebelum membuat pilihan,yakin dengan Allah..hanya Dia yang tahu siapa yang terbaik buat kita dan kita terbaik buat siapa..wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh begitu juga sebaliknya..jangan menunggu yang soleh tanpa berusaha menjadi yang solehah..wallahu a'lam
Jika cintakan harta,kelalaian pada dunia bertambah parah..
Jika cintakan kekasih sebelum nikah,cinta bakal menjadi fitnah..
Jika cintakan ilmu, hidup akan semakin terarah..
Jika cintakan sahabat,salinglah berpimpin menuju redhoNya..
Jika cintakan ibu dan ayah,kehidupan akan diberkati Allah..
Jika cintakan suami atau isteri,terbentuklah sebuah keluarga sakinah dan mawaddah..
Jika cintakan Rasulullah S.A.W.,insya Allah di sana mendapat syafaatnya..
Jika cintakan Allah,hanya itu cinta yang abadi,hakiki dan kekal selama-lamanya..jadi SANDARKAN CINTA KITA KEPADA CINTA ALLAH SEMATA-MATA..
Moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa memayungi kita..maaf atas segala-galanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan