Khamis, 31 Januari 2013

Akhirnya ku temui... ^_^



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah,Tuhan yang menciptakan setiap di dunia ini berpasang-pasangan. Siang dan malam,kiri dan kanan,lelaki dan perempuan. Allah,Allah..semua yang diciptaNya saling melengkapi antara satu sama lain. Ayuh cek hati,masihkah berdenyut iman di dada sehingga kini? Jika masih berdenyut,adakah denyutannya sekencang angin yang membawa hujan ataupun kadar denyutannya semakin lemah? Ambil masa dalam 5 minit,kita istighfar dan muhasabah diri seketika.
************************
Mengimbas kembali waktu-waktu dahulu…
                Masa sekolah rendah,apa yang diimpikan adalah untuk memasuki sekolah menengah yang ada aliran agama. Target waktu tu,nak sekolah kat SMKA Kuala Selangor,tak pun SAM Tanjong Karang,paling tinggi pun target nak masuk SBPI Sabak Bernam. Tapi sayang,walaupun ada kelayakan namun satu pun sekolah yang ditarget tak tercapai. Nak buat macamana,dah nasib badan.
                Akhirnya,menyambung pengajian di sekolah harian biasa,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang. Walaupun sekolah biasa dan tak semua pelajarnya berpakaian menutup aurat dengan sempurna,namun terasa juga sikit-sikit kehidupan seorang pelajar sekolah agama. Kat sekolah inilah,diri mula memakai tudung labuh dan baju bercekak sebab itu adalah garisan berpakaian untuk muslimat yang digalakkan oleh pihak sekolah. Walaupun sekolah harian biasa,namun terasa ada keistimewaan pada sekolah menengah ni. Sebelum pulang ke rumah,para pelajar diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu Zuhur secara berjemaah di surau sekolah dahulu. Ingat lagi,waktu mula-mula masuk dulu,keadaan surau agak tidak menyelesakan. Tingkap tiada,simen pun masih tak rata lagi. Masa tu surau sekolah baru siap dalam beberapa peratus namun dalam keadaan yang masih boleh digunakan untuk menunaikan solat. Teringat jeritan suara cikgu Asit(guru disiplin) dan Wak Juli(pekerja di sekolah) yang mengarahkan pelajar-pelajar segera solat berjemaah di surau sekolah. Ada yang kena dikejar,ada yang kena dirotan baru nak gerak ke surau.
                Bila dah masuk tingkatan 5,mula terfikir dan memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Ingat lagi,masa isi borang upu dulu pun pilihan pertama adalah UIA. Kursus yang dipilih pun semuanya berkaitan bahasa Arab dan pengajian agama. Tapi masa tu,yang diharapkan sangat-sangat dapat sambung dalam bidang bahasa Arab. Namun,masih tidak tercapai juga harapan. Mungkin persaingan yang agak sengit dengan pelajar-pelajar yang memang dari jurusan agama,sedangkan saya pelajar aliran sains tulen dan mengambil bahasa Arab Tinggi sahaja. Walaupun sekolah tak menyediakan aliran sains agama untuk pelajar lepasan PMR ketika itu,namun saya rasa bersyukur dan terharu sangat sebab ada seorang ustazah yang sanggup mengajar saya matapelajaran bahasa Arab Tinggi(BAT) walaupun tiada dalam jadual pengajarannya. Ustazah Suhaila binti Munjir,takkan saya lupakan. Tak ketinggalan juga,seorang kawan,Noradibah binti Ismail, belajar di SMKA Kuala Selangor dan sepupu saya,Nur Farah Ain Jasmari,pelajar SBPI Kuantan yang turut mengambil subjek BAT banyak memberi bantuan sewaktu saya mengambil subjek BAT tu. Yang paling penting,yang tak pernah berhenti-henti membantu saya ketika itu,kini dan selamanya,Allah yang Maha Segala-segalanya. Alhamdulillah,kini di SMK Pengkalan Permatang,telah ada kelas aliran sains agama,first batch nya adalah pelajar lepasan PMR 2008.
Semasa mengisi borang upu selepas tamat belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pula,masih mengharapkan ke arah keagamaan iaitu dengan memilih kelapan-lapan pilihan yang terdiri dari universiti-universiti yang islamik. Kali ni,tak nak dah pilih UIA,dah tak da feeling. Masa tu antara universiti pilihan,USIM,UNISZA. Kursus yang dipilih pula semuanya berkenaan kaunseling dan sains kemanusiaan.
Akhirnya,telah tertulis diri ini tercampak di bumi Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM). Walaupun mula-mula tertanya-tanya,kat mana lah letaknya universiti ni,apa bendalah kursus Sains Komputer(Pengurusan Pengkalan Data) ni?,kenapalah aku tercampak ke sini?namun saat itu teringat kata-kata sahabat, “adalah hikmahnya”.  Jika saya tidak dicampakkan ke bumi UTeM ni,maka tidak akan saya kenal sahabat-sahabat seperjuangan yang begitu memahami diri ini,tidak akan saya ketahui potensi diri ini yang sebenarnya amat cenderung dalam bidang IT. Allahu Robbi,cantik. Sangat cantik sekali perancanganNya.
Ya,sekarang saya akui segala yang berlaku dari dulu hingga kini,semuanya ada hikmahnya yang tersendiri. Dan kini baru saya temui,semua yang berlaku dalam hidup ni,semuanya telah Allah rancang dan atur dengan sangat rapi dan sangat-sangat teliti. Kenapa saya tidak ditempatkan di sekolah atau universiti yang Islamik seperti yang saya inginkan, semuanya telah Allah tunjukkan hikmahnya. Satu persatu telah Allah tunjukkan. Subhanallah cantiknya aturan Allah. Salah satu hikmahnya,Allah buktikan bahawa ilmu dan Islam itu ada di mana-mana. Tak semestinya kita nak cari agama dan pelihara iman di dada dengan berada di tempat-tempat yang nampak islamik sahaja. Tak kisahlah di mana pun kita dicampakkan,yang penting,kita kena sentiasa mencari dan terus mencari. 
Alhamdulillah,kini baru diri temui,sebenarnya Allah dah beri apa yang saya impikan sedari sekolah rendah lagi. Semuanya Allah susun dengan cantik. Islam,gaya hidup Islam. Tarbiyyah. Yang banyak mengajar diri.
Pesan saya pada diri saya dan kita semua yang membaca entry ini,sentiasa berbaik sangka dengan Allah walau apa pun yang terjadi. Yakin,Dia telah merancang segala apa yang terbaik antara yang terbaik buat setiap hambaNya. Jangan sesekali mempersoalkan takdirNya. Dia cipta kita,Dia kenal kita lebih dari kita kenal diri kita,Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik antara yang terbaik untuk kita. Kenali Dia nescaya kita akan merasai betapa nikmatnya meraih cintaNya.
Allah..tsabbit qulubana ‘ala diniik..
Allah..tetapkan hati kami di atas agamaMu..
Kini di UTeM,impian saya selepas graduate adalah untuk bekerja,dan insya Allah jika diizinkan pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul,ingin menjengah ke bidang kaunseling pula. 
wallahu a'alam...

Sabtu, 5 Januari 2013

Hanya Insan Biasa~~~

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani..

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...
segala pujian hanyalah layak buat Allah,Tuhan yang menciptakan segala kejadian..

Jika ditunjukkan sehelai kertas A4 berwarna putih kepada kita,kita mesti nampak warna putih tu kan? namun bilamana terdapat contengan hatta secalit dakwat pen di atas kertas putih tersebut,mata kita pasti akan fokus pada contengan tersebut daripada melihat kawasan lain kertas yang masih putih.

Ada apa dengan semua ni???

nak dimudahkan ayat,beginilah analogi bagi kita sebagai seorang manusia..bila terlihat insan-insan di sekeliling kita melakukan kesilapan,kadang-kadang kita lupa kebaikan yang pernah mereka lakukan..lagi-lagi bila yang buat kesilapan tu orang-orang yang berkopiah,bertudung labuh,budak persatuan agama dan yang sewaktu dengannya..pantang golongan ini melakukan kesilapan,pasti akan ada orang yang mengata dan menghina..kononnya golongan ini tak boleh lakukan kesilapan..

Kawan-kawan...
jika selama ini ada antara kita yang mempunyai mind-set bahawa orang-orang yang berperawakan ala ustaz atau ustazah ini mesti 'perfect' ,tak boleh lakukan kesilapan dan sebagainya,ubahlah perspektif tu..mereka hanya insan biasa yang tak pernah lekang dari melakukan kesilapan..mereka bukanlah yang terbaik,namun mereka masih mencari-cari dan berusaha untuk berubah menjadi lebih baik..mereka bukan maksum seperti nabi..jadi berusahalah untuk menerima kekurangan dan kelebihan insan-insan di sekeliling kita..

Tidak salah menegur mereka...

Jika terdapat kawan-kawan atau sahabat-sahabat kita yang lakukan kesilapan,tegurlah..walaupun kita bertudung namun tidak selabuh dia,tidak salah bagi kita untuk menegur kesalahannya dengan berhikmah..

Niat kerana Allah..

janganlah sesekali kita memandang hina dan mencaci insan-insan yang melakukan kesilapan..tetapi tegurlah kesilapan mereka dengan penuh berhikmah..tegur atas dasar sayang kita kepadanya agar dia tidak berterusan melakukan kesilapan..yang penting niat kita menegur tu hanyalah kerana Allah,bukan kerana dengki atau lain-lain...

jangan hanya memerhati dan mencari kesilapan orang lain,sampaikan kita terlupa membaiki kesilapan diri kita sendiri..

cari kesilapan diri orang lain lebih mudah berbanding mencari kesilapan diri sendiri..
wallahu a'lam..

~~ HAtIku milikNya~~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani...
Alhamdulillah..segala puji-pujian hanyalah layak bagi Allah Tuhan yang menciptakan segala kejadian, baik yang besar mahupun kecil,baik yang buruk mahupun cantik,baik yang banyak mahupun sikit...
Allah..Allah..
  Alhamdulillah semalam diberi kesempatan bertemu dengan sahabat-sahabat dalam satu bulatan gumbira..banyak nasihat dan peringatan yang diperolehi dari setiap sahabat...begitulah besarnya kepentingan bulatan gumbira..saat itulah sama-sama memuhasabah diri dan saling mengingati..
Tiba-tiba seorang sahabat bertanya,apa matlamat hidup setiap dari kami..ada yang jawab ingin keredhaan Ilahi,ingin cinta dari Ilahi,ingin kebahagiaan dan bermacam-macam lagi..namun tertarik dengan matlamat hidup sahabat yang bertanya tadi..matlamat hidupnya,ingin ketenangan hati...

Ketenangan hati~~~~
bilamana hati kita tenang,di situ adanya keredhaan Ilahi,di situ adanya cinta Ilahi,di situ adanya kebahagiaan yang dicari..subhanallah..hanya dengan mengharapkan ketenangan hati,pelbagai matlamat boleh kita kecapi. Kan pemegang hati setiap insani itu hanya Ilahi? Maka bila kita inginkan ketenangan hati,kita akan melakukan segala perkara yang boleh memenangi cinta dan redho Ilahi...dengan melaksanakan segala suruhanNya..dengan berzikir kepadaNya..dengan membaca dan menghayati kalam cintaNya...

Kini,matlamat hidup inginkan ketenangan hati agar dapat menggapai redhaNya,cintaNya dan kasihNya..
bukan sekadar hatiku milikMu,namun segala yang ada pada diri adalah milik mutlakMu,ya Robbi..
satu pintaku..tsabbit qolbii 'alaa diniiik.. wallahu a'lam..

Jumaat, 4 Januari 2013

Menyingkap SIrah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan yang paling penting masih dipinjamkan nikmat yang paling besar iaitu iman dan Islam..

Malam ni,tiba-tiba semangat menyingkap kembali sirah-sirah serikandi Islam..bila baca kisah-kisah para sahabat,terasa kagum sangat..

kuatnya aqidah mereka..
nak dibandingkan dengan kita?
jauh,sangat jauh sekali berbeza..
jika kita ditempat mereka...
saat diancamkan pengorbanan nyawa..
adakah iman masih berbicara?
#moga Allah sentiasa merahmati para2 syuhada' yg setia mengorbankan nyawa demi tidak menggadaikan iman di dada..moga aqidah kita semantap mereka..hanya aqidah mampu menggentarkan musuh kita..


Oleh kerana mempunyai sedikit waktu terluang dan terasa nak mengarang,maka dengan idea dari Allah dan dengan izinNya,terjadilah 5 kerat pantun berikut:-


hidup disisi Firaun durjana,
namun hati tetap mengimani Allah;
terbuangnya Musa dialah mengambilnya,
itulah Asiah ratu syahadah.

terlepas sisir jatuh ke lantai,
terucap kalimah nama Yang Esa;
nyawa dikorbankan dari iman tergadai,
itulah Masyitah harum kuburnya.

Perang uhud melakar sejarah,
Nusaibah melindungi junjungan mulia;
diberi gelaran ummu imarah,
membantu pasukan muslimin merawat luka.

Diseksa bani makhzum,Yaser sekeluarga,
sabarlah kerana menantimu Syurga;
tidak Sumayyah korbankan aqidahnya,
ditusuk tombak terkorbanlah nyawa.

wanita pertama masuk ke Syurga,
menjadi pertanyaan siapakah gerangannya;
sangat setia pada suaminya,
itulah Mutiah pemegang tali kuda yang membawa Saidatina Fatimah masuk ke Syurga.


sangat menarik dan seronok menelusuri sirah..banyak ibrah yang bakal kita perolehi..jadikan serikandi-serikandi Islam sebagai role-model buat kita muslimah akhir zaman..  jaga hati,jaga iman..  ^_^

Selasa, 1 Januari 2013

tsabbit qolbii 'ala diniik....

Di keheningan malam...
ku sebut-sebut namaMu..
wahai Kekasihku yang agung..
betapa banyak nikmat yang telah Kau pinjamkan buat diri ini..
namun boleh dikira dengan jari bilangan nikmat yang ku syukuri..
nikmat masa..sering ku sia-siakan...
nikmat kesihatan...sering ku salahgunakan...
nikmat anggota badan yang mencukupi..sering ku bawa ke jalan kemaksiatan...
nikmat Islam..tidak ku gunakan sepenuhnya..
TERUKNYA DIRI INI..
Ku mohon..
Wahai Kekasih yang dirindu..
saat hati diketuk untuk kembali pulang padaMu..
tetapkanlah hati itu untuk terus dipegang olehMu..
selama-lamanya...
setiap detik dan setiap ketika..
ku tidak ingin kembali ke takuk lama..
ku ingin menjadi hamba yang mencintaiMu melebihi segala-galanya..
ya Muqollibal quluub...
tsabbit qolbii 'ala diniiik...
tsabbit qolbii 'ala diniik...
tsabbit qolbii 'ala diniik...

Ku mohon kemanisan iman...
Ku mohon tuntunan dari Mu untuk meneruskan perjalanan..