Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah,Tuhan yang menciptakan
setiap di dunia ini berpasang-pasangan. Siang dan malam,kiri dan kanan,lelaki
dan perempuan. Allah,Allah..semua yang diciptaNya saling melengkapi antara satu
sama lain. Ayuh cek hati,masihkah berdenyut iman di dada sehingga kini? Jika
masih berdenyut,adakah denyutannya sekencang angin yang membawa hujan ataupun
kadar denyutannya semakin lemah? Ambil masa dalam 5 minit,kita istighfar dan
muhasabah diri seketika.
************************
Mengimbas kembali waktu-waktu dahulu…
Masa
sekolah rendah,apa yang diimpikan adalah untuk memasuki sekolah menengah yang
ada aliran agama. Target waktu tu,nak sekolah kat SMKA Kuala Selangor,tak pun
SAM Tanjong Karang,paling tinggi pun target nak masuk SBPI Sabak Bernam. Tapi
sayang,walaupun ada kelayakan namun satu pun sekolah yang ditarget tak
tercapai. Nak buat macamana,dah nasib badan.
Akhirnya,menyambung
pengajian di sekolah harian biasa,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan
Permatang. Walaupun sekolah biasa dan tak semua pelajarnya berpakaian menutup
aurat dengan sempurna,namun terasa juga sikit-sikit kehidupan seorang pelajar
sekolah agama. Kat sekolah inilah,diri mula memakai tudung labuh dan baju
bercekak sebab itu adalah garisan berpakaian untuk muslimat yang digalakkan
oleh pihak sekolah. Walaupun sekolah harian biasa,namun terasa ada keistimewaan
pada sekolah menengah ni. Sebelum pulang ke rumah,para pelajar diwajibkan untuk
menunaikan solat fardhu Zuhur secara berjemaah di surau sekolah dahulu. Ingat
lagi,waktu mula-mula masuk dulu,keadaan surau agak tidak menyelesakan. Tingkap
tiada,simen pun masih tak rata lagi. Masa tu surau sekolah baru siap dalam
beberapa peratus namun dalam keadaan yang masih boleh digunakan untuk
menunaikan solat. Teringat jeritan suara cikgu Asit(guru disiplin) dan Wak
Juli(pekerja di sekolah) yang mengarahkan pelajar-pelajar segera solat
berjemaah di surau sekolah. Ada yang kena dikejar,ada yang kena dirotan baru
nak gerak ke surau.
Bila
dah masuk tingkatan 5,mula terfikir dan memasang cita-cita untuk melanjutkan
pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Ingat lagi,masa isi
borang upu dulu pun pilihan pertama adalah UIA. Kursus yang dipilih pun
semuanya berkaitan bahasa Arab dan pengajian agama. Tapi masa tu,yang
diharapkan sangat-sangat dapat sambung dalam bidang bahasa Arab. Namun,masih
tidak tercapai juga harapan. Mungkin persaingan yang agak sengit dengan
pelajar-pelajar yang memang dari jurusan agama,sedangkan saya pelajar aliran
sains tulen dan mengambil bahasa Arab Tinggi sahaja. Walaupun sekolah tak
menyediakan aliran sains agama untuk pelajar lepasan PMR ketika itu,namun saya
rasa bersyukur dan terharu sangat sebab ada seorang ustazah yang sanggup
mengajar saya matapelajaran bahasa Arab Tinggi(BAT) walaupun tiada dalam jadual
pengajarannya. Ustazah Suhaila binti Munjir,takkan saya lupakan. Tak
ketinggalan juga,seorang kawan,Noradibah binti Ismail, belajar di SMKA Kuala
Selangor dan sepupu saya,Nur Farah Ain Jasmari,pelajar SBPI Kuantan yang turut
mengambil subjek BAT banyak memberi bantuan sewaktu saya mengambil subjek BAT
tu. Yang paling penting,yang tak pernah berhenti-henti membantu saya ketika
itu,kini dan selamanya,Allah yang Maha Segala-segalanya. Alhamdulillah,kini di
SMK Pengkalan Permatang,telah ada kelas aliran sains agama,first batch nya
adalah pelajar lepasan PMR 2008.
Semasa mengisi borang upu selepas
tamat belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pula,masih mengharapkan ke
arah keagamaan iaitu dengan memilih kelapan-lapan pilihan yang terdiri dari
universiti-universiti yang islamik. Kali ni,tak nak dah pilih UIA,dah tak da
feeling. Masa tu antara universiti pilihan,USIM,UNISZA. Kursus yang dipilih
pula semuanya berkenaan kaunseling dan sains kemanusiaan.
Akhirnya,telah tertulis diri ini
tercampak di bumi Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM). Walaupun mula-mula
tertanya-tanya,kat mana lah letaknya universiti ni,apa bendalah kursus Sains
Komputer(Pengurusan Pengkalan Data) ni?,kenapalah aku tercampak ke sini?namun
saat itu teringat kata-kata sahabat, “adalah hikmahnya”. Jika saya tidak dicampakkan ke bumi UTeM
ni,maka tidak akan saya kenal sahabat-sahabat seperjuangan yang begitu memahami
diri ini,tidak akan saya ketahui potensi diri ini yang sebenarnya amat
cenderung dalam bidang IT. Allahu Robbi,cantik. Sangat cantik sekali
perancanganNya.
Ya,sekarang saya akui segala yang
berlaku dari dulu hingga kini,semuanya ada hikmahnya yang tersendiri. Dan kini
baru saya temui,semua yang berlaku dalam hidup ni,semuanya telah Allah rancang
dan atur dengan sangat rapi dan sangat-sangat teliti. Kenapa saya tidak
ditempatkan di sekolah atau universiti yang Islamik seperti yang saya inginkan,
semuanya telah Allah tunjukkan hikmahnya. Satu persatu telah Allah tunjukkan.
Subhanallah cantiknya aturan Allah. Salah satu hikmahnya,Allah buktikan bahawa
ilmu dan Islam itu ada di mana-mana. Tak semestinya kita nak cari agama dan
pelihara iman di dada dengan berada di tempat-tempat yang nampak islamik
sahaja. Tak kisahlah di mana pun kita dicampakkan,yang penting,kita kena
sentiasa mencari dan terus mencari.
Alhamdulillah,kini baru diri temui,sebenarnya Allah dah beri apa yang saya impikan sedari sekolah rendah lagi. Semuanya Allah susun dengan cantik. Islam,gaya hidup Islam. Tarbiyyah. Yang banyak mengajar diri.
Pesan saya pada diri saya dan kita
semua yang membaca entry ini,sentiasa berbaik sangka dengan Allah walau apa pun
yang terjadi. Yakin,Dia telah merancang segala apa yang terbaik antara yang
terbaik buat setiap hambaNya. Jangan sesekali mempersoalkan takdirNya. Dia
cipta kita,Dia kenal kita lebih dari kita kenal diri kita,Dia yang Maha Tahu
apa yang terbaik antara yang terbaik untuk kita. Kenali Dia nescaya kita akan
merasai betapa nikmatnya meraih cintaNya.
Allah..tsabbit qulubana ‘ala
diniik..
Allah..tetapkan hati kami di atas
agamaMu..
Kini di UTeM,impian saya selepas graduate adalah untuk bekerja,dan insya Allah jika diizinkan pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul,ingin menjengah ke bidang kaunseling pula.
wallahu a'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan