Isnin, 22 Julai 2013

Apa itu Istidraj? Moga dijauhkan darinya...



Di suatu hari,sewaktu menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)…

Ali : Mat,macamana result kau?
Mat : Aku dapat straight A. Kau?
Ali : Wah,tahniah Mat!. Aku dapat 1B yang lain semua A.
Mat : Tahniah,tahniah Ali! Inilah hasil usaha aku selama ni.. tak sia-sia aku study dengan Wani.
Ali : Mat,kau dah tanya awek kau belum result dia macamana?

Tiba-tiba lalu satu susuk  tubuh badan di hadapan mereka.

Mat : Eh,eh ustaz Zhafranlah..assalamualaikum ustaz..
Zhafran : wa’alaikumussalam wbt. Oo..Mat rupanya. Macamana result?
Mat : Aku dapat straight A. Kau?
Zhafran : Alhamdulillah..tahniah! Aku? Alhamdulillah aku dapat 5A ja.
Mat : (sambil senyum sinis) 5A ja? Haha… Kau tengok,Ali. Dulu kata kat aku study dengan awek tak berkat. Kau tengok sekarang,result aku lagi baik  dari dia yang kononnya alim tu.
Naim : Mat,jangan nak bangga sangat. Nikmat tu Allah boleh tarik bila-bila masa. Result tak menggambarkan keberkatan.  Istighfar Mat…takut-takut istidraj.
Mat : Hah ni lagi sorang. Ustaz Naim,boleh tak jangan cakap Arab dengan aku? Istidraj tu apa?
Naim : Istidraj tu adalah bilamana Allah memberikan kejayaan,harta kekayaan,dan rezeki yang melimpah ruah kepada manusia,dan manusia tu menjadi lebih jauh dariNya.

Usah Berhenti Mengharap!




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah layak buat Dia,Pencipta sekalian alam. Setelah sekian lama membiarkan laman ini dipenuhi sarang labah-labah,kini tergerak tangan untuk menaip semula. Segala puji bagi Allah kerana masih meminjamkan nyawa dan nikmat iman di dada sehingga ke hari ini,22 Julai 2013 Masihi bersamaan 13 Ramadhan 1434 Hijrah.

“Hope and fear is like a pair of wings, you need both to fly”
(Imam Maturidi)

Harapan dan Ketakutan.

Kenapa perlu seiring dan sejalan?

Setiap insan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Hatta sealim mana pun kita,tetap tak sempurna. Namun buat kita pendosa,harapan masih ada. Ya,harapan masih ada. Tiada istilah berputus asa dari mendapat keampunan dariNya.

Sahabat-sahabat,

Jangan sesekali merasakan diri kita terlalu mulia meskipun kita mempunyai pelbagai kelebihan yang dipinjamkan oleh Allah Yang Esa. Usah perasan kita ni bakal penghuni Syurga hanya kerana merasakan diri terlalu banyak melakukan amalan yang mendekatkan kita kepadaNya. Jangan kita membabi buta mencela dan menghina insan-insan di sekeliling yang sentiasa bergelumang dengan dosa yang tidak kita lakukannya. Jangan sahabat-sahabat,jangan sesekali.

Teman-teman yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar,bukan cukup dengan sekadar ilmu penuh di dada tetapi cara untuk melaksanakannya sangat penting untuk dititikberatkan.

“Wei,kau ni sampah masyarakat betul. Kau tau tak,haram menyerupai wanita. Neraka balasannya tau!”
“Kau teguk air kencing syaitan ni lagi? Kau ni tak percaya kat Tuhan ke?”
“Dia tu confirm ahli Syurga,tak macam kau yang tak solat ni,gerenti masuk neraka lah”

Pernah dengar dialog di atas?

ATAU

Pernah keluar dialog di atas dari mulut sendiri?

Tak perlu pandang kiri kanan atas bawah,point pada diri sendiri. Kalau pernah keluar dari mulut sendiri,istighfarlah..istighfar..

KAU INGAT KAU SIAPA NAK MENGHUKUM ORANG NI SYURGA,ORANG TU NERAKA?
KAU INGAT KAU CONFIRM SANGAT KE MASUK SYURGA KALAU AMAL KAU BANYAK?
JANGAN NAK PERASAN SANGAT…

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Janganlah kita sesekali menghukum insan-insan di sekeliling kita…kerja kita bukan menghukum sebaliknya kerja kita adalah menyeru mereka untuk kembali ke jalan yang benar. Yang berhak menghukum hanyalah Allah. Kadang-kadang kita ni cakap ja lebih,tapi apa ja tindakan yang kita dah ambil untuk membawa mereka pulang ke jalan Tuhan? Sebenarnya ada dalam kalangan teman-teman sekeliling kita yang bergelumang dengan dosa ni,melakukannya dalam keadaan mereka tidak mengetahui. Contohnya ada sahabat yang tak solat,pernah kita tanya sebab apa dia tak solat? Bila ditanya,rupa-rupanya dia memang tak diajar sedari kecil mengenai solat oleh keluarganya. Mungkin ada yang tak menutup aurat disebabkan tidak mengetahui wajib ke atas kita menutup aurat. Dan boleh jadi,ada dalam kalangan sahabat kita ni teringin nak berubah tetapi sayang tiada siapa yang ingin mendorong dan menyokongnya. Jadi,jangan hanya cakap lebat,tapi apa pun tak buat.

Nak mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran bukanlah boleh dilakukan mengikut amarah,tetapi ia perlu dilakukan secara berhikmah.

Takut kepada Allah,berharaplah sepenuhnya kepadaNya.

Saya,dia dan kamu,semua adalah pendosa. Untuk kita pendosa,harapan selalu ada. Selama mana belum sampai ke kerongkong,nyawa dan Kiamat belum tiba,yakinlah denganNya. 

“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun,Maha Penyayang.”
(Surah az-Zumar, ayat 53)

Wallahu a'lam.