Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani
Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah
layak buat Dia,Pencipta sekalian alam. Setelah sekian lama membiarkan laman ini
dipenuhi sarang labah-labah,kini tergerak tangan untuk menaip semula. Segala
puji bagi Allah kerana masih meminjamkan nyawa dan nikmat iman di dada sehingga
ke hari ini,22 Julai 2013 Masihi bersamaan 13 Ramadhan 1434 Hijrah.
“Hope
and fear is like a pair of wings, you need both to fly”
(Imam
Maturidi)
Harapan dan
Ketakutan.
Kenapa perlu
seiring dan sejalan?
Setiap insan tidak
pernah lari dari melakukan kesilapan. Hatta sealim mana pun kita,tetap tak
sempurna. Namun buat kita pendosa,harapan masih ada. Ya,harapan masih ada.
Tiada istilah berputus asa dari mendapat keampunan dariNya.
Sahabat-sahabat,
Jangan sesekali
merasakan diri kita terlalu mulia meskipun kita mempunyai pelbagai kelebihan
yang dipinjamkan oleh Allah Yang Esa. Usah perasan kita ni bakal penghuni
Syurga hanya kerana merasakan diri terlalu banyak melakukan amalan yang
mendekatkan kita kepadaNya. Jangan kita membabi buta mencela dan menghina
insan-insan di sekeliling yang sentiasa bergelumang dengan dosa yang tidak kita
lakukannya. Jangan sahabat-sahabat,jangan sesekali.
Teman-teman yang
dirahmati Allah sekalian,
Untuk melaksanakan
amar ma’ruf nahi munkar,bukan cukup dengan sekadar ilmu penuh di dada tetapi
cara untuk melaksanakannya sangat penting untuk dititikberatkan.
“Wei,kau ni sampah
masyarakat betul. Kau tau tak,haram menyerupai wanita. Neraka balasannya tau!”
“Kau teguk air
kencing syaitan ni lagi? Kau ni tak percaya kat Tuhan ke?”
“Dia tu confirm
ahli Syurga,tak macam kau yang tak solat ni,gerenti masuk neraka lah”
Pernah dengar
dialog di atas?
ATAU
Pernah keluar
dialog di atas dari mulut sendiri?
Tak perlu pandang
kiri kanan atas bawah,point pada diri sendiri. Kalau pernah keluar dari mulut
sendiri,istighfarlah..istighfar..
KAU INGAT KAU
SIAPA NAK MENGHUKUM ORANG NI SYURGA,ORANG TU NERAKA?
KAU INGAT KAU
CONFIRM SANGAT KE MASUK SYURGA KALAU AMAL KAU BANYAK?
JANGAN NAK PERASAN
SANGAT…
Sahabat-sahabat
yang dirahmati Allah sekalian,
Janganlah kita
sesekali menghukum insan-insan di sekeliling kita…kerja kita bukan menghukum
sebaliknya kerja kita adalah menyeru mereka untuk kembali ke jalan yang benar.
Yang berhak menghukum hanyalah Allah. Kadang-kadang kita ni cakap ja lebih,tapi
apa ja tindakan yang kita dah ambil untuk membawa mereka pulang ke jalan Tuhan?
Sebenarnya ada dalam kalangan teman-teman sekeliling kita yang bergelumang dengan
dosa ni,melakukannya dalam keadaan mereka tidak mengetahui. Contohnya ada
sahabat yang tak solat,pernah kita tanya sebab apa dia tak solat? Bila
ditanya,rupa-rupanya dia memang tak diajar sedari kecil mengenai solat oleh
keluarganya. Mungkin ada yang tak menutup aurat disebabkan tidak mengetahui
wajib ke atas kita menutup aurat. Dan boleh jadi,ada dalam kalangan sahabat
kita ni teringin nak berubah tetapi sayang tiada siapa yang ingin mendorong dan
menyokongnya. Jadi,jangan hanya cakap lebat,tapi apa pun tak buat.
Nak mengajak
kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran bukanlah boleh dilakukan mengikut
amarah,tetapi ia perlu dilakukan secara berhikmah.
Takut kepada
Allah,berharaplah sepenuhnya kepadaNya.
Saya,dia dan
kamu,semua adalah pendosa. Untuk kita pendosa,harapan selalu ada. Selama mana
belum sampai ke kerongkong,nyawa dan Kiamat belum tiba,yakinlah denganNya.
“Wahai
hamba-hambaKu yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus
asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa.
Sungguh Dialah yang Maha Pengampun,Maha Penyayang.”
(Surah az-Zumar,
ayat 53)
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan