Jumaat, 31 Januari 2014

Kuih Bahulu

di pra-sekolah...
"Eh,awak tak panash ke pakai tudong? Awak tak limas ea?",kata Batrisya yang masih pelat lagi.
"Hah? Panas juga kadang-kadang",balas Aisyah.
"Habistu,nape awak pakai dugak?",tanya Batrisya lagi.
"Ummi kita suruh lah",ujar Aisyah sambil membetul-betulkan tudungnya yang senget.


setelah pulang ke rumah...
"Ummi buat apa tu?",sapa Aisyah.
"Ummi buat kuih bahulu. Aisyah dah siapkan homework?"
"Dah.Ummi...esok Aisyah tak nak pakai tudung boleh?",tanya Aisyah kepada umminya.
"Eh,kenapa pula anak ummi ni tiba-tiba tak nak pakai tudung ni?",balas Amna sambil merendahkan dirinya sama tinggi dengan Aisyah.
"Panaslah ummi. Sekali ja",rayu Aisyah.
"Erm...",Amna menegakkan dirinya semula lalu mengambil beberapa butir telur.
"Eh,ummi nak buat apa telur tu? Ummi kan tak suka makan telur?",tanya Aisyah yang kehairanan.
"Nak buat bahulu mesti kena ada telur. Walaupun ummi tak suka telur tapi bahan utamanya adalah telur. Jadi kalau tak letak telur,tak jadilah bahulunya.",ujar Amna penuh kelembutan.
"Oo..jadi mi,boleh tak Aisyah tak nak pakai tudung nanti?",Aisyah menyuarakan semula pertanyaannya.
Amna merendahkan dirinya semula dan memandang lembut ke arah anaknya.
"Siti Aisyah binti Zhafran,anak ummi yang baik,dengar kata,anak yang solehah. Pakai tudung tu salah satu cara untuk seorang perempuan menjaga auratnya. Ummi pernah cerita dengan Aisyah kan yang menutup aurat tu salah satu dari syariat Islam? Jadi,walaupun Aisyah tak suka pakai tudung sebab panas,Aisyah kena juga latih diri Aisyah untuk biasakan diri pakai tudung. Macam ummi nak buat kuih bahulu ni. Walaupun ummi tak suka makan telur,tapi ummi kena juga masukkan telur dalam adunan ni supaya bahulu ni jadi. Sebagai seorang muslim kita tak bolehlah ambil syariat Islam yang kita suka ja. Yang mana kita tak suka kita tinggal. Nanti tak jadilah seorang muslim yang betul-betul muslim. Tak pe,nanti lama-lama Aisyah akan rasa selesa. Aisyah nak jadi anak solehah kan?,nak jadi hamba yang Allah sayangkan?".
Aisyah mengangguk mengiyakan percakapan umminya.

                                                                   ********

Didiklah anak-anak sedari kecil untuk melaksanakan syariat Allah. Hati mereka masih bersih. Masih mudah untuk dibentuk. 

Ahad, 12 Januari 2014

Kerna KasihNYA

“Alhamdulillah…kejap je kan dah genap 4 tahun kita belajar kat u ni?”,kata Amna.
“Ha’ah kan? Macam tak percaya je.”,balas Husna sambil tersenyum puas.
“dan…harini, hari last kita sama-sama kat sini.”,ujar Amna perlahan.
Suasana sunyi seketika…
“Kerik,kerik…”
“Haha…baru nak tangkap leleh,ada pula yang kacau. Amna…terima kasih sebab setia jadi sahabat saya dari sem 1 sampailah sekarang”,kata Husna.
“Sama-sama Husna. Samalah juga. Terima kasih sebab sudi terima saya seadanya”,balas Amna sambil menggenggam erat tangan Husna.
Husna melemparkan senyuman. Butir-butir jernih mula gugur membasahi pipinya.
“Husna…sebenarnya ada sesuatu yang saya dah lama nak bagitau awak tapi sampai sekarang saya pendam sebab tak da kekuatan nak bagitau awak”,ujar Amna.
“Ya Amna. Apa dia?”,tanya Husna.
“Saya nak minta maaf sebab masih ada hak awak sebagai sahabat saya yang masih tidak saya tunaikan…”,kata Amna.
Husna memandang wajah Amna dengan penuh harapan. Amna yang seakan memahami riak wajah sahabatnya meneruskan kata-katanya.
“Husna,saya minta maaf sebab tak pernah tegur hubungan awak dengan Mat. Saya biarkan ja bila awak keluar berdua dengan Mat. Saya hanya mampu membenci dengan hati ja. Sedangkan sebagai seorang sahabat,saya boleh mencegah lebih dari itu,tapi iman saya lemah Husna. Maafkan saya. Maafkan saya,sahabat”.
Husna tunduk membisu. Suasana menjadi sepi semula. Hanya deruan ombak yang memukul pantai kedengaran.
“Husna…”,panggil Amna perlahan.
Husna mengangkat wajahnya. Berderaian air mata gugur membasahi pipinya. Ditatapnya wajah Amna.
“Amna…sebenarnya dah ramai tegur pasal hubungan kami. Kakak saya,abang saya,malah adik saya yang belajar di matriks tu pun pernah tegur saya. Tapi saya degil. Saya tau couple sebelum nikah tu haram sebab ia salah satu cara mendekati zina. Saya tau mesej tanpa urusan yang dibenarkan,berbual di telefon tanpa ada kepentingan tu salah,tapi saya degil. Saya degil,Amna. Teruknya saya ni Amna. Saya pernah ada kehendak nak clash dengan Mat,tapi… tapi saya tak boleh,saya tak mampu nak lakukan”,kata Husna sambil mengalirkan air mata.
“Husna sayang…saya faham. Awak sukar nak clash sebab ia melibatkan 2 hati kan? Awak dah sayang dia dan awak mesti tak sanggup nak lukakan hati dia kan?”,tanya Amna penuh kelembutan.
Tangisan Husna semakin menjadi-jadi. Dipeluknya Amna sekuat hati.
“Saya tak kuat Amna…saya tak mampu…saya tak nak lukakan hati orang lain”
“Husna…awak boleh,awak mampu. Yakinlah dengan Allah. Awak,hidayah Allah tu tengah menyapa hati awak. Mohonlah taufiqNya agar awak ada kekuatan untuk tinggalkan perkara yang dimurkaiNya”,pujuk Amna.
“Amna…”,ujar Husna perlahan.
“Husna,jangan risau tentang perasaan Mat. Hati dia kepunyaan Allah. Awak doalah banyak-banyak agar Allah buka pintu hati Mat untuk lepaskan awak. Jika benar ada jodoh antara kalian,doalah agar Allah himpunkan kalian mengikut cara yang disukaiNya”,nasihat Amna lagi.
“Terima kasih Amna sebab sudi tegur saya. Saya tau,awak takkan tegur saya kalau awak tak sayang saya kan? Dan yang paling penting Allah hadirkan awak untuk tegur silap saya agar saya tak terus hanyut kan?. Terima kasih sahabat…terima kasih”,ujar Husna sambil memeluk erat sahabatnya,Amna.
“Alhamdulillah…terima kasih ya Allah. Sungguh Kau yang mengetuk pintu hati sahabatku ini”,bicara Amna di dalam hati.



Jumaat, 3 Januari 2014

Hanya Dia



di suatu hari...

Anak : Ibu kenapa Tuhan ada satu?
Ibu : Erm...adik,jom kita pi jalan-jalan kejap.(si ibu menukar topik)
Anak : yeay! jom!

Di pertengahan jalan,si ibu memberhentikan keretanya di sebuah pelabuhan.

Anak : Ibu,kenapa berhenti kat sini?
Ibu : Cuba adik tengok tu.
Anak : Kapal tu ke bu? Kenapa?
Ibu : Hah,setiap kapal tu mesti ada berapa orang nakhoda?
Anak : erm..ada soranglah kan?
Ibu : Boleh ke kalau ada lebih dari satu?
Anak : Erm…tak silap adik,tak boleh kot sebab nakhoda tu kan ketua kepada anak-anak kapal. Jadi kalau ada ramai ketua,nanti pening semua anak kapal tu sebab tak tau nak ikut arahan siapa.
Ibu : Allahu akbar…pandainya anak ibu ni.( Si anak tersipu-sipu malu). Betul alasan yang adik bagi tu. Ya,jika sebuah kapal itu dinakhodai oleh lebih dari seorang nakhoda,maka pelayaran itu mungkin tidak ke mana. Bayangkan nakhoda 1 bagi arahan belok kanan,nakhoda 2 pula suruh belok kiri. Tak ke pening kepala anak-anak kapal? Macam tu lah juga dengan persoalan adik,kenapa Tuhan ada satu sahaja yang layak disembah? Sebabnya boleh kita ibaratkan seperti nakhoda tu. Cuba adik bayangkan kalau ada lebih dari satu tuhan,mahu huru-hara dunia ni dibuatnya. Contoh,tuhan 1 arahkan kita buat ni,tuhan 2 pula larang kita buat tu. Jadi,kita pun pening nak ikut yang mana satu. Tak gitu?
Anak : Ooo…baru adik faham. Terima kasih ibu.
Si ibu menghidupkan enjin kereta semula lalu meneruskan perjalanan…

akar perlu kuat,baru elok hidup subur pokoknya.
Aqidah perlu mantap,baru dapat suburkan ketaqwaan insan.