Jumaat, 31 Januari 2014

Kuih Bahulu

di pra-sekolah...
"Eh,awak tak panash ke pakai tudong? Awak tak limas ea?",kata Batrisya yang masih pelat lagi.
"Hah? Panas juga kadang-kadang",balas Aisyah.
"Habistu,nape awak pakai dugak?",tanya Batrisya lagi.
"Ummi kita suruh lah",ujar Aisyah sambil membetul-betulkan tudungnya yang senget.


setelah pulang ke rumah...
"Ummi buat apa tu?",sapa Aisyah.
"Ummi buat kuih bahulu. Aisyah dah siapkan homework?"
"Dah.Ummi...esok Aisyah tak nak pakai tudung boleh?",tanya Aisyah kepada umminya.
"Eh,kenapa pula anak ummi ni tiba-tiba tak nak pakai tudung ni?",balas Amna sambil merendahkan dirinya sama tinggi dengan Aisyah.
"Panaslah ummi. Sekali ja",rayu Aisyah.
"Erm...",Amna menegakkan dirinya semula lalu mengambil beberapa butir telur.
"Eh,ummi nak buat apa telur tu? Ummi kan tak suka makan telur?",tanya Aisyah yang kehairanan.
"Nak buat bahulu mesti kena ada telur. Walaupun ummi tak suka telur tapi bahan utamanya adalah telur. Jadi kalau tak letak telur,tak jadilah bahulunya.",ujar Amna penuh kelembutan.
"Oo..jadi mi,boleh tak Aisyah tak nak pakai tudung nanti?",Aisyah menyuarakan semula pertanyaannya.
Amna merendahkan dirinya semula dan memandang lembut ke arah anaknya.
"Siti Aisyah binti Zhafran,anak ummi yang baik,dengar kata,anak yang solehah. Pakai tudung tu salah satu cara untuk seorang perempuan menjaga auratnya. Ummi pernah cerita dengan Aisyah kan yang menutup aurat tu salah satu dari syariat Islam? Jadi,walaupun Aisyah tak suka pakai tudung sebab panas,Aisyah kena juga latih diri Aisyah untuk biasakan diri pakai tudung. Macam ummi nak buat kuih bahulu ni. Walaupun ummi tak suka makan telur,tapi ummi kena juga masukkan telur dalam adunan ni supaya bahulu ni jadi. Sebagai seorang muslim kita tak bolehlah ambil syariat Islam yang kita suka ja. Yang mana kita tak suka kita tinggal. Nanti tak jadilah seorang muslim yang betul-betul muslim. Tak pe,nanti lama-lama Aisyah akan rasa selesa. Aisyah nak jadi anak solehah kan?,nak jadi hamba yang Allah sayangkan?".
Aisyah mengangguk mengiyakan percakapan umminya.

                                                                   ********

Didiklah anak-anak sedari kecil untuk melaksanakan syariat Allah. Hati mereka masih bersih. Masih mudah untuk dibentuk. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan