“kak long,Darwish nak tanya sesuatu boleh?”
“hmm..tanyalah..”
“kak long selalu telefon siapa malam-malam? Darwish tengok
setiap malam kak long bergayut..”
“erm..dengan kawan kak long lah..”
“ooh..kawan kak long tu lelaki ke perempuan?”
“lelaki..yang sibuk nak tau kenapa?”
“lelaki? Masya Allah..kak long,kenapa kak long murah sangat?”
“PANG!!!!”
“aduh..”
“hei,mulut ko tu jaga
sikit boleh tak?..sampai hati ko kata akak ko ni murah?..seburuk-buruk aku,aku
tetap jaga maruah diri aku ni tau tak? ”,kata Nisa’ sambil bercucuran air mata.
“kak long,kalau kak long jaga maruah kak long,kak long
takkan melembut-lembutkan suara dan berbual-bual kosong dengan lelaki yang
bukan mahram kak long dalam telefon tu..”
“yang ko sibuk kenapa? Aku bukannya guna phone ko ke,minta
ko duit beli prepaid ke..tak de kan? Lagipun kitaorang sekadar berbual di
telefon je,bukannya buat apa-apa yang tak patut..kitaorang tau lagi lah apa
yang haram dan yang halal..ko tak payah nak tunjuk lagaklah..mentang-mentang
sekolah agama,nak berlagak..akak ko ni pun sekolah agama gak..”
“kak long,sebab Darwish sayangkan kak long lah Darwish tegur
kak long..memanglah kak long tak buat apa-apa..tapi,Darwish nak tanya..masa kak
long berbual dengan lelaki tu dalam phone,kak long ingat Allah ke? Kak long tak
rasa apa-apa? ke,kak long punya iman setanding iman nabi Yusuf yang mampu
menolak godaan Zulaikha?..”
Nisa’ terdiam membisu…
“Kak long,Darwish faham perasaan kak long..peringkat kita
sekarang ni memang ada perasaan ingin mencintai dan ingin dicintai..tapi,tu
semua ujian dari Allah..Allah nak uji kita samada kita ni pandai atau tidak
menguruskan fitrah kita tu..Darwish tak nak maruah kakak Darwish jatuh kerana
hubungan yang Allah haramkan..kalau boleh Darwish nak seorang lelaki soleh yang
mengambil alih tanggungjawab Darwish
supaya lelaki tu boleh bimbing kakak Darwish menuju cinta Allah bukannya
memimpin tangan kak long mengundang kemurkaan Allah .. ”
Berjujuran air mata Nisa’ mendengar kata-kata yang keluar
dari mulut adiknya.
“Maafkan kak long,dik”,kata Nisa’ sambil memeluk Darwish
yang merupakan satu-satunya insan yang masih ada dalam hidupnya.
“Maafkan Darwish jugak kak long sebab kata-kata Darwish yang
menyakitkan hati kak long..satu yang Darwish nak kak long tahu..Darwish sayang
kak long kerana Allah..”
Wallahu a’lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan