Diri itu.
Suatu ketika dahulu
begitu giat menghampiri Rabb nya.
begitu tegas menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.
begitu menjaga pandangan dari melihat ajnabi
begitu menjaga pergaulan sehariannya
tapi kini,
diri itu sudah tidak diketemu.
kemana ia menghilang??
Kembalilah.
Dia merindui diri itu.
Rindu sekali.
Kembara mencari diri itu semula
Allah
Ahad, 24 Mei 2015
Isnin, 7 April 2014
Warkah buat Amna...
Assalamualaikum Amna binti Zhafran.
Maaf andai warkah ini mengganggu awak. Moga awak sihat dan sentiasa dalam pemeliharaanNya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan sebuah perkara yang sudah lama saya pendam. Teringin sekali dilafazkan dengan kata-kata,tapi saya tak mampu untuk melakukannya. Mungkin ukhuwwah antara kita masih ada jurangnya.
Amna sahabatku...
Sejak kebelakangan ni,saat saya skroll wall fb saya,saya sering terlihat perkara-perkara yang menimbulkan tanda tanya di hati saya. Ya, saya akui saya bukanlah seorang insan yang begitu 'alim dalam selok-belok agama. Cuma,iman saya terusik bilamana melihat 'kemesraan' awak dan Taufiq saling berbalas komen di fb. Saya akui bahawa selama ini saya begitu mengagumi awak sehinggakan saya menjadikan awak sebagai salah seorang role model yang terdekat buat saya. Saya kagum dengan latarbelakang agama awak yang kuat dan akhlak awak yang baik,tapi maafkan saya,sejak melihat perkara-perkara tadi,persepsi saya mula berubah dan dengan harapan persepsi saya terhadap awak tidak terus berubah,saya mengambil keputusan untuk mengirimkan warkah ini buat awak. Apa yang saya harapkan,selepas ni awak apatah lagi saya lebih berhati-hati dalam menjaga ikhtilat di alam maya. Di luar sana,begitu banyak mata-mata yang memerhatikan tindak-tanduk kita yang terserlah ke'islamik'annya apatah lagi Sang Pencipta yang tidak pernah lari dari memerhatikan para hambaNya. Dan seandainya ada perasaan suka yang terbit di hati awak dan Taufiq,kita tak da kuasa untuk menidakkannya kerana itu salah satu fitrah yang memang Allah dah tetapkan buat kita. Cuma pandai-pandailah mengawalnya. Moga kita yang dipilih Allah untuk mempunyai kefahaman ini tidak membawa fitnah terhadap Islam yang kita juangkan.
Sebelum mengakhiri lembaran warkah ini,beribu kemaafan saya pinta seandainya ada kata-kata yang mengguris perasaan awak. Saya akui saya juga tidaklah sebaik mana. Cuma,apa yang saya harapkan kita saling berpesan kepada kebenaran dan kesabaran. Tidak ada manusia yang dapat lari dari melakukan kesalahan. Mungkin pada kali ini Allah gerakkan hati saya untuk menegur kesilapan awak,barangkali pada masa akan datang,silap saya ditegur pula oleh awak. Sungguh teguran itu dari Allah bukan dari hambaNya. Moga ukhuwwah antara kita membawa ke jalan menuju redha dan syurgaNya.
Salam sayang buatmu mujahidah solehah,
Fathonah.

Ahad, 9 Februari 2014
Solat dan Menutup Aurat: Ikutan atau Ketaatan?
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah,segala pujian dirafakkan ke hadhrat Ilahi atas
nikmat paling besar buat diri iaitu nikmat iman dan nikmat Islam.
Mengimbau kenangan lama…
“Qiyaman!(Bangun)”
“Assalamualaikum ya mu’allim(Assalamualaikum ustaz)”
“Wa’alaikumussalam. Baik. Siapa yang tak solat dan tak tutup
aurat jangan duduk.”
Tindakan biasa yang dilakukan oleh ustaz Abdul Halim sebelum
memulakan kelas Tajwidnya. Sesiapa yang mengaku tidak solat dan tidak tutup
aurat akan dirotan tapak tangannya dengan pembaris. Di SRA Permatang,beliau
antara ustaz yang digeruni oleh para pelajar. Ingat lagi masa sebelum masuk
darjah 3,kawan-kawan dah siap pesan,masuk
darjah 3 nanti dah kena pakai tudung kalau tak nanti kena rotan.
Jadi,sejujurnya saya mula memakai tudung sewaktu berumur 9 tahun dan pakai pun
sebab takut kena rotan dengan ustaz.
**********
Seperti yang kita sedia maklum,solat dan menutup
aurat,kedua-duanya perintah Allah yang wajib kita laksanakan. Persoalan yang
ingin saya bangkitkan disini,adakah kedua-dua perintah Allah itu kita lakukan
kerana terikut-ikut dengan persekitaran atau sebagai bukti ketaatan kita kepada
Allah?. Tidak perlu jawab disini,namun cukuplah sekadar satu persoalan untuk
kita muhasabah diri.
**********
Kenapa solat?
“Sebab dari kecil mak dan ayah suruh solat…”
“dah terbiasa sebab kat asrama dulu wajib solat fardhu
berjemaah…”
Kenapa tutup aurat?
“Sebab semua kawan pakai tudung…”
“dulu sekolah agama…”
Pada pandangan saya,tidak salah jika melakukan solat dan
menutup aurat disebabkan terikut-ikut dengan teman atau persekitaran. Namun,itu
hanyalah alasan yang boleh diterima untuk sementara. Ya,alasan sementara kerana
tidak mustahil dari ikutan bakal berubah menjadi ketaatan. Yang silapnya adalah
bilamana kita berterusan solat dan menutup aurat tanpa kita berusaha memahami
dan menghayati dengan maksud sebenar apakah yang dikatakan solat dan tutup
aurat. Ayat mudahnya,beramal tanpa ilmu,sekadar mengikut secara meluru.
Jumaat, 31 Januari 2014
Kuih Bahulu
di pra-sekolah...
"Eh,awak tak panash ke pakai tudong? Awak tak limas ea?",kata Batrisya yang masih pelat lagi.
"Hah? Panas juga kadang-kadang",balas Aisyah.
"Habistu,nape awak pakai dugak?",tanya Batrisya lagi.
"Ummi kita suruh lah",ujar Aisyah sambil membetul-betulkan tudungnya yang senget.
setelah pulang ke rumah...
"Ummi buat apa tu?",sapa Aisyah.
"Ummi buat kuih bahulu. Aisyah dah siapkan homework?"
"Dah.Ummi...esok Aisyah tak nak pakai tudung boleh?",tanya Aisyah kepada umminya.
"Eh,kenapa pula anak ummi ni tiba-tiba tak nak pakai tudung ni?",balas Amna sambil merendahkan dirinya sama tinggi dengan Aisyah.
"Panaslah ummi. Sekali ja",rayu Aisyah.
"Erm...",Amna menegakkan dirinya semula lalu mengambil beberapa butir telur.
"Eh,ummi nak buat apa telur tu? Ummi kan tak suka makan telur?",tanya Aisyah yang kehairanan.
"Nak buat bahulu mesti kena ada telur. Walaupun ummi tak suka telur tapi bahan utamanya adalah telur. Jadi kalau tak letak telur,tak jadilah bahulunya.",ujar Amna penuh kelembutan.
"Oo..jadi mi,boleh tak Aisyah tak nak pakai tudung nanti?",Aisyah menyuarakan semula pertanyaannya.
Amna merendahkan dirinya semula dan memandang lembut ke arah anaknya.
"Siti Aisyah binti Zhafran,anak ummi yang baik,dengar kata,anak yang solehah. Pakai tudung tu salah satu cara untuk seorang perempuan menjaga auratnya. Ummi pernah cerita dengan Aisyah kan yang menutup aurat tu salah satu dari syariat Islam? Jadi,walaupun Aisyah tak suka pakai tudung sebab panas,Aisyah kena juga latih diri Aisyah untuk biasakan diri pakai tudung. Macam ummi nak buat kuih bahulu ni. Walaupun ummi tak suka makan telur,tapi ummi kena juga masukkan telur dalam adunan ni supaya bahulu ni jadi. Sebagai seorang muslim kita tak bolehlah ambil syariat Islam yang kita suka ja. Yang mana kita tak suka kita tinggal. Nanti tak jadilah seorang muslim yang betul-betul muslim. Tak pe,nanti lama-lama Aisyah akan rasa selesa. Aisyah nak jadi anak solehah kan?,nak jadi hamba yang Allah sayangkan?".
Aisyah mengangguk mengiyakan percakapan umminya.
********
Didiklah anak-anak sedari kecil untuk melaksanakan syariat Allah. Hati mereka masih bersih. Masih mudah untuk dibentuk.
Ahad, 12 Januari 2014
Kerna KasihNYA
“Alhamdulillah…kejap je kan dah genap 4 tahun kita belajar
kat u ni?”,kata Amna.
“Ha’ah kan? Macam tak percaya je.”,balas Husna sambil tersenyum
puas.
“dan…harini, hari last kita sama-sama kat sini.”,ujar Amna
perlahan.
Suasana sunyi seketika…
“Kerik,kerik…”
“Haha…baru nak tangkap leleh,ada pula yang kacau. Amna…terima
kasih sebab setia jadi sahabat saya dari sem 1 sampailah sekarang”,kata Husna.
“Sama-sama Husna. Samalah juga. Terima kasih sebab sudi
terima saya seadanya”,balas Amna sambil menggenggam erat tangan Husna.
Husna melemparkan senyuman. Butir-butir jernih mula gugur
membasahi pipinya.
“Husna…sebenarnya ada sesuatu yang saya dah lama nak bagitau
awak tapi sampai sekarang saya pendam sebab tak da kekuatan nak bagitau awak”,ujar
Amna.
“Ya Amna. Apa dia?”,tanya Husna.
“Saya nak minta maaf sebab masih ada hak awak sebagai
sahabat saya yang masih tidak saya tunaikan…”,kata Amna.
Husna memandang wajah Amna dengan penuh harapan. Amna yang
seakan memahami riak wajah sahabatnya meneruskan kata-katanya.
“Husna,saya minta maaf sebab tak pernah tegur hubungan awak
dengan Mat. Saya biarkan ja bila awak keluar berdua dengan Mat. Saya hanya
mampu membenci dengan hati ja. Sedangkan sebagai seorang sahabat,saya boleh
mencegah lebih dari itu,tapi iman saya lemah Husna. Maafkan saya. Maafkan
saya,sahabat”.
Husna tunduk membisu. Suasana menjadi sepi semula. Hanya deruan
ombak yang memukul pantai kedengaran.
“Husna…”,panggil Amna perlahan.
Husna mengangkat wajahnya. Berderaian air mata gugur
membasahi pipinya. Ditatapnya wajah Amna.
“Amna…sebenarnya dah ramai tegur pasal hubungan kami. Kakak
saya,abang saya,malah adik saya yang belajar di matriks tu pun pernah tegur
saya. Tapi saya degil. Saya tau couple sebelum nikah tu haram sebab ia salah
satu cara mendekati zina. Saya tau mesej tanpa urusan yang dibenarkan,berbual
di telefon tanpa ada kepentingan tu salah,tapi saya degil. Saya degil,Amna.
Teruknya saya ni Amna. Saya pernah ada kehendak nak clash dengan Mat,tapi… tapi
saya tak boleh,saya tak mampu nak lakukan”,kata Husna sambil mengalirkan air
mata.
“Husna sayang…saya faham. Awak sukar nak clash sebab ia
melibatkan 2 hati kan? Awak dah sayang dia dan awak mesti tak sanggup nak
lukakan hati dia kan?”,tanya Amna penuh kelembutan.
Tangisan Husna semakin menjadi-jadi. Dipeluknya Amna sekuat
hati.
“Saya tak kuat Amna…saya tak mampu…saya tak nak lukakan hati
orang lain”
“Husna…awak boleh,awak mampu. Yakinlah dengan Allah. Awak,hidayah
Allah tu tengah menyapa hati awak. Mohonlah taufiqNya agar awak ada kekuatan
untuk tinggalkan perkara yang dimurkaiNya”,pujuk Amna.
“Amna…”,ujar Husna perlahan.
“Husna,jangan risau tentang perasaan Mat. Hati dia kepunyaan
Allah. Awak doalah banyak-banyak agar Allah buka pintu hati Mat untuk lepaskan
awak. Jika benar ada jodoh antara kalian,doalah agar Allah himpunkan kalian
mengikut cara yang disukaiNya”,nasihat Amna lagi.
“Terima kasih Amna sebab sudi tegur saya. Saya tau,awak
takkan tegur saya kalau awak tak sayang saya kan? Dan yang paling penting Allah
hadirkan awak untuk tegur silap saya agar saya tak terus hanyut kan?. Terima
kasih sahabat…terima kasih”,ujar Husna sambil memeluk erat sahabatnya,Amna.
“Alhamdulillah…terima kasih ya Allah. Sungguh Kau yang
mengetuk pintu hati sahabatku ini”,bicara Amna di dalam hati.
Jumaat, 3 Januari 2014
Hanya Dia
di suatu hari...
Anak : Ibu kenapa Tuhan ada satu?
Ibu : Erm...adik,jom kita pi jalan-jalan kejap.(si ibu menukar topik)
Anak : yeay! jom!
Di pertengahan jalan,si ibu memberhentikan keretanya di sebuah pelabuhan.
Anak : Ibu,kenapa berhenti kat sini?
Ibu : Cuba adik tengok tu.
Anak : Kapal tu ke bu? Kenapa?
Ibu : Hah,setiap kapal tu mesti ada berapa orang nakhoda?
Anak : erm..ada soranglah kan?
Ibu : Boleh ke kalau ada lebih dari satu?
Anak : Erm…tak silap adik,tak boleh kot sebab nakhoda tu kan ketua kepada anak-anak kapal. Jadi kalau ada ramai ketua,nanti pening semua anak kapal tu sebab tak tau nak ikut arahan siapa.
Ibu : Allahu akbar…pandainya anak ibu ni.( Si anak tersipu-sipu malu). Betul alasan yang adik bagi tu. Ya,jika sebuah kapal itu dinakhodai oleh lebih dari seorang nakhoda,maka pelayaran itu mungkin tidak ke mana. Bayangkan nakhoda 1 bagi arahan belok kanan,nakhoda 2 pula suruh belok kiri. Tak ke pening kepala anak-anak kapal? Macam tu lah juga dengan persoalan adik,kenapa Tuhan ada satu sahaja yang layak disembah? Sebabnya boleh kita ibaratkan seperti nakhoda tu. Cuba adik bayangkan kalau ada lebih dari satu tuhan,mahu huru-hara dunia ni dibuatnya. Contoh,tuhan 1 arahkan kita buat ni,tuhan 2 pula larang kita buat tu. Jadi,kita pun pening nak ikut yang mana satu. Tak gitu?
Anak : Ooo…baru adik faham. Terima kasih ibu.
Si ibu menghidupkan enjin kereta semula lalu meneruskan perjalanan…
akar perlu kuat,baru elok hidup subur pokoknya.
Aqidah perlu mantap,baru dapat suburkan ketaqwaan insan.

Jumaat, 8 November 2013
Jalan Ini
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Segala pujian hanyalah layak buat Allah,Tuhan yang menciptakan sekalian alam. Apa khabar iman di dada? adakah masih nyenyak dibuai mimpi indah dunia,atau berdegup kencang sekencang angin yang membawa hujan?
Mengapa aku di sini?
Ini bukan jalan yang aku ingini.
Yang ku impi
suatu hari nanti
kot putih itu tersarung di susuk tubuh ini,
stetoskop tersangkut di leher bersedia merawat insani.
Namun,
impian itu tak mampu untuk ku idamkan lagi.
Kini
persoalan mengapa aku diletakkan di sini,
sedikit demi sedikit mula ku fahami.
Ya,
mungkin suatu ketika dahulu aku mengimpikan untuk menjadi perawat fizikal insani,
Tetapi
Allah tetapkan aku di jalan ini untuk menjadi pembantu dalam merawat rohani insani.
Berada di bumi teknikal ini memberikanku 1001 erti.
pelbagai ragam manusia,
pelbagai ujian dan mehnah melanda,
pelbagai perasaan bercampur suka dan duka.
Di sini ku temu insan-insan yang membara cinta Ilahi di jiwanya.
Dipimpinnya diri ini bersama-sama mencari cintaNya.
Sungguh ukhuwwah dan keberadaan bersama family ini sungguh bermakna.
Meskipun ia hanya bumi biasa,
Yang tak dihiasi subjek berteraskan agama,
Yang majoriti bukan bertudung labuh dan berkupiah di kepala,
Yang sentiasa bermain dengan mesin-mesin dan komputer,
Tapi di bumi inilah segalanya bermula.
Terima kasih Allah,sebab letakkan diri di jalan ini.
Sungguh Kau Maha Mengetahui.

Langgan:
Catatan (Atom)