Ahad, 22 Julai 2012

Pakar Dunia,Jahil Agama


“Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan cik Nabilah?”
“Maaf ye,bukan cik tapi Prof.Nabilah..siapa ni?”
“Maaf,Prof.Nabilah..saya Dr.Wardah dari Hospital Tanjong Karang..saya nak bagitau yang ibu prof sedang tenat sekarang..”
(dalam keadaan cemas)“Baik,saya datang sekarang”
Setibanya di hospital..
“Maaf prof. ,kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan ibu prof.,namun Allah lebih menyayanginya..”
“Maaak!!!…..”(sambil meluru ke arah jenazah ibunya)
        **********************************************************************************
Di rumah,sewaktu memandikan jenazah ibu prof. Nabilah.
“Mak cik,boleh tak uruskan jenazah mak saya tu baik-baik sikit? Janganlah kasar sangat,kasihan jenazah mak saya..”,ujar Nabilah.
“Amboi,banyak bunyi pulak budak ni..bersyukurlah aku nak mandikan mak kamu ni,daripada kamu yang dok tengok je dari tadi,tak nak pun mandikan jenazah mak kamu ni..”kata mak Ton.
“Mak cik,saya bukan tak nak mandikan jenazah mak saya,tapi saya tak reti..lagipun saya tak pernah ikut mana-mana kursus pengurusan jenazah,sebab tu bukan bidang saya.. ”,ujar Nabilah lagi.
“Tu lah budak-budak sekarang,belajar tinggi-tinggi tapi bab agama jahil..tak kisahlah kamu tu bidang kedoktoran ke,jurutera ke yang penting ilmu agama tu kena ada sebab kita ni orang Islam..ni,mak Ton nak cakap sikit,esok kalau kamu dah ada anak,jangan lupa bekalkan anak kamu dengan ilmu agama jugak supaya bila kamu meninggal nanti,ada jugak anak kamu yang boleh uruskan jenazah mak nye sendiri,manalah tau kot-kot kamu meninggal nanti orang yang ganas macam mak ton ni je tinggal yang reti nak memandikan jenazah,kesian pulak kat kamu kan?..dahlah,aku malas nak membebel banyak-banyak,karang lambat pulak pengurusan jenazah mak kamu ni.. ”,bebel mak Ton panjang lebar.
Nabilah hanya diam membisu sambil mengalirkan air mata..

Sabtu, 14 Julai 2012

Kerana Dirimu Begitu Berharga..


“kak long,Darwish nak tanya sesuatu boleh?”
“hmm..tanyalah..”
“kak long selalu telefon siapa malam-malam? Darwish tengok setiap malam kak long bergayut..”
“erm..dengan kawan kak long lah..”
“ooh..kawan kak long tu lelaki ke perempuan?”
“lelaki..yang sibuk nak tau kenapa?”
“lelaki? Masya Allah..kak long,kenapa kak long murah sangat?”
“PANG!!!!”
“aduh..”
 “hei,mulut ko tu jaga sikit boleh tak?..sampai hati ko kata akak ko ni murah?..seburuk-buruk aku,aku tetap jaga maruah diri aku ni tau tak? ”,kata Nisa’ sambil bercucuran air mata.
“kak long,kalau kak long jaga maruah kak long,kak long takkan melembut-lembutkan suara dan berbual-bual kosong dengan lelaki yang bukan mahram kak long dalam telefon tu..”
“yang ko sibuk kenapa? Aku bukannya guna phone ko ke,minta ko duit beli prepaid ke..tak de kan? Lagipun kitaorang sekadar berbual di telefon je,bukannya buat apa-apa yang tak patut..kitaorang tau lagi lah apa yang haram dan yang halal..ko tak payah nak tunjuk lagaklah..mentang-mentang sekolah agama,nak berlagak..akak ko ni pun sekolah agama gak..”
“kak long,sebab Darwish sayangkan kak long lah Darwish tegur kak long..memanglah kak long tak buat apa-apa..tapi,Darwish nak tanya..masa kak long berbual dengan lelaki tu dalam phone,kak long ingat Allah ke? Kak long tak rasa apa-apa? ke,kak long punya iman setanding iman nabi Yusuf yang mampu menolak godaan Zulaikha?..”
Nisa’ terdiam membisu…
“Kak long,Darwish faham perasaan kak long..peringkat kita sekarang ni memang ada perasaan ingin mencintai dan ingin dicintai..tapi,tu semua ujian dari Allah..Allah nak uji kita samada kita ni pandai atau tidak menguruskan fitrah kita tu..Darwish tak nak maruah kakak Darwish jatuh kerana hubungan yang Allah haramkan..kalau boleh Darwish nak seorang lelaki soleh yang mengambil alih tanggungjawab  Darwish supaya lelaki tu boleh bimbing kakak Darwish menuju cinta Allah bukannya memimpin tangan kak long mengundang kemurkaan Allah .. ”
Berjujuran air mata Nisa’ mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya.
“Maafkan kak long,dik”,kata Nisa’ sambil memeluk Darwish yang merupakan satu-satunya insan yang masih ada dalam hidupnya.
“Maafkan Darwish jugak kak long sebab kata-kata Darwish yang menyakitkan hati kak long..satu yang Darwish nak kak long tahu..Darwish sayang kak long kerana Allah..”
Wallahu a’lam..

Sabtu, 7 Julai 2012

Salam je kot...

"wardah,kenapa kamu tak salam suami mak su tadi? kamu tu dah lah jarang jumpa sedara-mara..nanti apa pulak kata orang..",ujar Atan.
"Maaf,abang. Wardah bukan bermaksud nak menyombong dengan suami mak su tu,tapi kan kita dilarang bersentuhan dengan orang yang bukan mahram kita?",bicara Wardah.
"Ye,abang tau tu..tapi,kan dia dah jadi suami kepada mak su kita,jadi kamu kenalah hormat kat dia..at least,bila jumpa tu salam..salam je kot..yang penting niat kita nak eratkan silaturrahim..kan segala perbuatan tu yang pentingnya niat...",kata Atan lagi.
"Tapi bang,matlamat tidak sesekali menghalalkan cara..",sambung Wardah lagi.
"Maksud kamu?"
"yang bermula dengan niat tu adalah amalan yang kita lakukan..tapi untuk sesuatu yang Allah memang dah tetapkan,kita tak boleh sesuka hati menghalalkan sesuatu yang Allah haramkan dengan beralasankan niat kita.. ",ujar Wardah lagi.
"habistu,kalau kita tak salam sedara kita nanti,kan boleh putus silaturrahim?"
"Abang,tak boleh bersalam bukan bermakna kita tak boleh bertegur sapa kan? Jadi,banyak lagi sebenarnya cara kita nak sambung silaturrahim..bukan sekadar bersalam je..kita jugak boleh bertanya khabar dan sebagainya..asalkan tak langgar batas syariat.."
"Hmm..kalau diorang anggap kita sombong jugak macamana?"
"Tak pe kalau org benci kita sbb kita nak cari redho Allah drpd kita undang kemurkaan Allah sbb nak manusia suka..bukan manusia yg tentukan hidup kita kan?",ujar Wardah penuh keyakinan.
"betul,betul,betul.." *_*

Dari Ma’qil bin Yasar r.a., Nabi Saw bersabda: “Kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik dari pada dia menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya.” (HR. At Tabrani)

Ahad, 15 Januari 2012

Senyum ^_^

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh..

AlhamduliLlah..segala pujian dirafakkan kepada Sang Pencipta sekalian alam yang tiada cacat celanya kerana masih bermurah hati meminjamkan hamba NYA ini dengan nikmat nyawa dan iman di dada..

SubhanaLLAH..Maha Suci ALLAH..senyum..satu perbuatan yang mudah dilakukan..dan yang paling penting senyum merupakan satu sedekah yang paling mudah..dengan senyuman kita dapat menenangkan mata yang memandangnya..boleh jadi,kadangkala senyum juga boleh meredakan keresahan di jiwa..

Ya ALLAH,teringat pula kat pak cik yang jual roti john tadi..senyuman di bibirnya tak lekang-lekang..sehinggakan saya pun terikut sama tersenyum melihat senyuman yang terukir di wajahnya..lagi bertambah tenang,alunan Asmaul-Husna dan alunan suci 'ayat-ayat cinta' ALLAH  berkumandang di corong telinga ni..tatkala menyiapkan  roti john yang ditempah,mulutnya kumat kamit mengikut alunan suci yang dipasangnya..subhanaLLAH..moga ALLAH memberkati rezeki pak cik tu..

hmm..kan bagus kalau semua orang Islam yang berniaga di negara kita ni,tak kisahlah,berniaga di jalanan ke,warung-warung kecil ke,restoran ke, memasang ayat-ayat al-Quran buat halwa telinga mereka sendiri dan para pelanggan ..sambil mencari rezeki,kita juga dapat mengajak orang mengingati al-Kholiq..bak kata pepatah,"sambil menyelam minum air"..tapi,senarionya,sekarang ni kebanyakan peniaga lebih gemar menghidangkan pelanggan mereka dengan paparan yang melalaikan kita dari mengingati ALLAH..masya ALLAH..apatah lagi kadangkala tatkala azan berkumandang,suara dari kaca televisyen lagi kuat kedengaran dari suara azan yang sayup-sayup kedengaran..itulah kita manusia akhir zaman yang terlalu leka dengan dunia sehingga tidak mempedulikan seruan dari ALLAH yang Esa..nauzubiLLAHi minzalik..

Senyumlah walaupun hatimu sedang berduka,kerana senyuman yang paling manis adalah senyuman yang diukir tatkala tabah dan ikhlas menghadapi dugaan yang melanda..senyum kerana ALLAH membawa bahagia..bukan kepada dirimu sahaja bahkan insan disekelilingmu turut merasainya..


WaLLAHu a'lam..
Maaf andai ada kata yang menghiris hati.

Rabu, 4 Januari 2012

Sahabat-sahabat Ukhwah fiLlAH..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh..

SubhanaLLAH,walhamduliLLAH,ALLAHu akbar!..

Segala pujian bagi ALLAH pencipta sekalian alam..

Ku minta pokok,Allah bagi hutan,
Ku minta bunga,Allah bagi taman,
Ku minta air,Allah bagi hujan,
Ku minta teman,Allah bagi kamu..

Segala pujian bagi ALLAH..betapa hebatnya ikatan ukhwah yang dijalin kerana ALLAH semata-mata..manisnya ukhwah fiLLAH mengalahkan manisnya madu..

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

sedih benor rasanya bila dengar lagu 'Sebuah Pertemuan' nyanyian UNIc tadi..teringat kat sahabat-sahabat ukhwah fiLLAh masa kat matriks dulu..depalah sahabat yang benar-benar sahabat saya pernah kenal..tak lupa juga kawan-kawan saya sedari tadika sampailah sekolah menengah..tapi,sekarang ni semua dah terpisah jauh..ada yang tercampak kat utara, kat selatan kat timur,boleh kata seluruh Malaysia termasuklah Kepulauan Borneo sana..lagi-lagi Yasmin Safinah yang nun jauh kat Mesir sana..moga-moga Allah pertemukan kita semua semula..andai tiada jodoh di dunia,moga di akhirat kelak kita dipertemukan semula..amiin..

AlhamduliLLAh,bila dah masuk universiti, ALLAH masih bermurah hati meminjamkan saya sahabat-sahabat yang sentiasa mendambakan cintaNYA..Syukur yang tak terhingga juga sebab saya dapat ramai 'kakak' bila masuk UTeM ni..kakak-kakak ni lah yang banyak membantu saya dan kawan-kawan yang masih junior ni..kak As,kak Baizura, terima kasih banyak-banyak sebab banyak tolong saya kalau saya ada masalah terutamanya masalah dalam pelajaran..kak Nadia Mujahidah,terima kasih juga sebab selalu pinjamkan telinga untuk saya,dan selalu beri nasihat..terima kasih juga buat semua kakak-kakak dan kawan-kawan yang sanggup menerima saya seadanya..mungkin adakalanya ada tindak-tanduk saya yang menyakitkan hati kakak-kakak dan kawan-kawan..maafkan saya ye..

Sahabat-sahabat sekalian,moga ikatan ukhwah yang terjalin antara kita semua sentiasa dinaungi redho dan rahmatNYA..walaupun jauh di mata,namun kerana ukhwah yang dijalin dan perasaan sayang-menyayangi antara kita kerana ALLAH semata-mata,ikatan ukhwah kita masih utuh..salam rindu bersalut sayang buatmu sahabat-sahabatku..ukhwah fiLLAH abadan abada..^_^..


Khamis, 29 Disember 2011

Sharing is Caring...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 "Sharing is caring,but not all things can be shared". Saya tertarik dengan kata-kata yang dipetik dari majalah Gen-Q isu-04 ni. Bila terbaca kata-kata ini,ingatan terus mengimbau kata-kata kak Fatimah Syarha,seorang novelis..jika seseorang itu selalu meng-up-date status fb nya dengan mengepos perkara-perkara yang kecil dan remeh-temeh,tidak mustahil untuknya mengepos sebesar-besar perkara dalam hidupnya..contohnya,jika pada hari ini si polan mengepos,"Hari ni dia tak mesej aku pun",tak mustahil bila dah berumah tangga nanti si polan akan mengepos perkara-perkara yang berlaku di dalam rumah tangganya kepada orang ramai melalui fb nya..

Bagi saya fb adalah tempat untuk perkongsian tetapi bukan tempat catatan diari harian kita. Perkongsian yang diberikan pula bukanlah perkongsian yang bukan-bukan,sebaliknya perkongsian yang dapat mengingatkan kita kepada Sang Pencipta iaitu ALLAH yang Maha Esa. Perkongsian itu juga dapat menjadi peringatan buat diri kita dan sahabat-sahabat yang lain. Fb juga bukanlah tempat untuk kita menghina dan mencela orang lain. Contohnya, jika si polan tidak puas hati dengan kawan-kawannya,tidak perlulah dia mengeposnya di wall fb nya semata-mata bagi melempiaskan ketidakpuasan hatinya terhadap kawan-kawannya. Tindakan yang sedemikian tidak akan menyelesaikan masalah,bah kan boleh menambah parah. Ya,memang si polan akan berasa lega, tetapi kawan-kawannya? Justeru,jika terdapat ketidak sefahaman antara kita dan kawan-kawan, tolong jangan post di fb,cubalah adakan perbincangan dan cakap face-to-face..

Realiti seorang manusia..

Bila orang lain melakukan kesalahan kita mudah perasan,tapi kita jarang sekali perasan kesalahan yang kita lakukan. Lagi-lagi bila yang melakukan kesalahan itu seorang yang berkopiah dan bertudung labuh. Kenapa bila golongan ini melakukan kesalahan ia lebih terserlah dan mudah menjadi buah mulut orang ramai? Sedangkan,mereka juga adalah insan biasa seperti kita yang tak lari dari melakukan kesalahan. 

Sahabat-sahabat...

عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
Hadis sahih riwayat Muslim


Bila kita nak tegur seorang sahabat,kita mesti teragak-agak untuk melakukannya..kadang-kala kita lebih suka mengambil langkah mencegah kemungkaran dengan hati..ialah sebab takut kawan kita terasa hati..tapi sahabat-sahabat dan diri saya sendiri,jangan takut untuk menegakkan kebenaran,sampai bila kita nak cegah kemungkaran dengan cara selemah-lemah iman sahaja?. Memang nasihat dari seorang sahabat itu pahit,tapi ingatlah,tatkala ada insan yang menasihati kita ke arah kebaikan,itu jelas dah membuktikan ALLAH masih kasih kepada kita sebab DIA nak kita pulang ke jalan yang benar..sepatutnya kita bersyukur dan berlapang dada bukan dengan mengambil tindakan mengata kawan yang menegur kita kepada orang lain lagi-lagi di fb. Jadi nasihat dari seorang sahabat tu satu ubat yang pahit untuk ditelan,tapi dengan izin ALLAH,sakit kita boleh  sembuh. Ingat,setelah kita mengucapkan kalimah tauhid "La ilaha illaLLah",kita sudah terikat dengan amanah untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar di muka bumi ALLAH ini..Jadi tugasan mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan bukanlah tugas khas seorang yang bergelar ustaz, berkopiah, bertudung labuh,dan hafaz al-Quran sahaja tetapi ia adalah tugas seorang insan yang telah mengaku tiada Tuhan selain Allah.

Sebelum saya mengakhiri coretan hati ni,saya memohon ampun dan maaf seandainya saya pernah mengguris hati kawan-kawan dengan perkara-perkara yang saya post di fb sejak saya menjadi facebooker. Maafkan saya jika saya pernah tag nama kawan-kawan pada notes yang saya buat dan tindakan saya itu menyakitkan hati anda. Saya akui pada saat itu saya tidak terfikir apa pandangan orang lain jika saya berbuat sedemikian,mungkin ada yang tak suka orang memberi teguran secara terbuka seperti itu dan mungkin ada yang masih boleh menerimanya. Maaf sekali lagi.

Insan-insan yang ku sayangi kerana ALLAH, ku tau,aku tidak boleh sama sekali memberi hidayah kepada mu walaupun aku ingin sekali kau mendapat hidayah ALLAH kerana aku ni hanya seorang hamba,dan hidayah itu milik ALLAH semata-mata. Hanya DIA yang layak memberi dan menarik hidayahNYA kepada dan dari sesiapa yang dikehendakiNYA..jika pada hari ini,kita kecapi hidayahNYA,jangan merasa diri kita sudah cukup bagus,kerana kita tak tau adakah mati kita nanti masih dinaungi rahmat dan hidayahNya? Moga ALLAH bermurah hati menaungi diri kita dengan rahmat kasih sayangNYA dan hati ini tidak dibolak-balikkan setelah diterangi nur hidayahNYA sehingga ke akhirnya..Hidayah ALLAH tidak akan datang bergolek, tetapi kita perlu berusaha untuk mendapatkannya demi mendapat redho Allah. Manisnya iman tiada tandingan,manisnya dunia hanya sementara..

WaLLahu a'lam..
^_^

Selasa, 27 Disember 2011

SubhanaLlah...hebatnya kuasa Allah..naluri seorang ibu...

"Ala..jomlah Min..ko tak yah lah bagitau mak ko..lagipun kalau ko tak bagitau,mesti mak ko tak tau..jomlah..lagipun kan kita-kita je yang pergi..mana ada lelaki..",rayu Ina.
"A'ah kan..pergi je lah..bukannya mak tau pun kalau aku pergi..bila lagi nak pi kalau bukan sekarang?..",bisik hati Jasmin.
"Ye lah Min..tak payahlah nak fikir-fikir sangat..jomlah..aku teringin sangat nak tengok cerita 'Ombak Rindu' tu..jomlah teman aku tengok..",pujuk Zainab pula.
"Oklah,tapi kali ni je aku join korang pergi tengok wayang..",kata Jasmin.
"Ha..macam ni lah kawan...ni yang buat aku sayang lebih kat ko ni..",kata Ina.
"Oo..habistu,selama ni ko sayang sikit je lah kat aku ye?",tanya Jasmin.
"Hehe..oklah,aku sayang lebih kat ko selama-lamanya..",ujar Ina lagi.

**********************************************************

Setibanya di pawagam...

"AlhamduliLlah..akhirnya tercapai juga hasrat aku nak tengok wayang,rupanya macam ni keadaannya..",bisik hati Jasmin.
"Nah Min..ni tiket untuk ko..ko duduk kat sana dulu ye..aku dengan Ina nak beli pop-corn kejap",kata Zainab.
Jasmin hanya mengangguk-anggukan kepalanya sambil menuju ke arah bangku yang ditunjukkan oleh Zainab.
"Min,jaga diri baik-baik ye..min kena pandai cari kawan..nanti bila min dah tinggal kat sana,mak dah tak dapat nak jaga makan,minum dan pergaulan min..min dah besar kan? min pandai-pandailah jaga diri sendiri ye..hanya Allah je yang dapat jaga Min kat mana-mana pun min ada,mak dengan abah hanya boleh jaga min masa min ada dengan kami je.."
"Assalamualaikum mak..mak sihat?"
"AlhamduliLlah sihat..adik sihat. Adik kat mana tu?"
"AlhamduliLlah,adik sihat gak..hmm..mak..adik kat pawagam ni.."
"Ha?..kat pawagam? adik buat apa kat sana?"
"Adik teman kawan adik.."
"Adik..kan mak dah pesan,jangan sesekali jejak kaki ke pawagam..adik dah lupa ye sayang?"
"Adik ingat pesan mak..tapi,mak bagilah adik peluang nak tengok wayang sekali ni je..boleh ye mak?.."
"Tak boleh.."
"Tapi mak..kawan adik dah belikan tiket untuk adik.."
"Kan mak dah kata tak boleh...pasal tiket tu adik jangan risau,nanti mak bayar balik harganya dengan kawan adik tu.."
"Habis tu takkan mak nak biarkan adik duduk kat depan pawagam ni sorang-sorang,kang apa-apa jadi kat adik nanti macamana?"
"Allah kan ada..mak yakin Allah akan pelihara anak mak..jadi adik jangan masuk dalam pawagam tu ye..mak dengan abah tak izinkan.."
"Hmm...baiklah mak..k lah,kirim salam kat abah dengan semua ye..assalamualaikum.."
"Wa'alaikumussalam wbt..Insya Allah..jaga diri baik-baik ye."

Jasmin pergi mendekati dua orang kawannya.
"Korang,aku minta maaf banyak-banyak..aku tak dapat teman korang masuk dalam lah..mak dengan abah aku tak izinkan.",kata Jasmin.
"Apa?? ko pi cakap dengan mak ko ke yang ko nak tengok wayang?",tanya Ina.
Jasmin menganggukkan kepalanya.
"Suka hati ko lah min..untung mak dengan abah ko dapat anak yang taat macam ko..ko duduklah sorang-sorang kat luar ni..apa-apa hal tanggung sendiri..jom Nab,cerita dah nak mula ni.."
Zainab dan Ina berlalu pergi meninggalkan Jasmin di luar pawagam.
***********************************************************

"Ina,kenapa ko asyik muram je sejak akhir-akhir ni?",tanya Jasmin.
"Tak de apa-apa lah..",balas Ina ringkas.
"Ok..",jawab Jasmin.
"Min...",panggil Ina lembut.
"Ye..ada apa?",balas Jasmin.
"Ko untung Min..ko untung sangat-sangat.."
"Eh,kenapa pulak ko cakap macam ni?"
"Oleh kerana aku hanya percayakan ko,ko jangan cerita kat Nab ye pasal ni.."
"Pasal apa tu?"
"Hari tu,masa kat pawagam..aku duduk kat kerusi yang sepatutnya ko duduk.."
"Jadi?.."
"Lepastu,masa aku tengok cerita tu,tiba-tiba.."
"Eh,kenapa ko nangis ni? Tiba-tiba kenapa Na?"
"Aku kena raba Min...",kata Ina dengan berlinangan air mata.
"Masya Allah..SubhanaLlah..Ya ALlah,seandainya aku tak dengar cakap mak..",bisik hati Jasmin sambil mutiara-mutiara jernih gugur dari kelopak matanya..