Ahad, 2 Disember 2012

Tangan kanan memberi,sorokkan tangan kiri..


Khalifah Abu  Bakar as-Siddiq r.a. memberi nasihat:"Orang yang bakhil atau kikir tidak terlepas daripada salah satu daripada tujuh perkara berikut:
  1. Ketika dia mati, hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan menghabiskannya kepada sesuatu yang tidak berfaedah.
  2. ALLAH akan membangkitkan pemimpin zalim yang akan merenggut seluruh hartanya setelah menyiksanya terlebih dahulu.
  3. ALLAH menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.
  4. Muncul idea pada dirinya untuk mendirikan bangunan di kawasan bencana sehingga satu ketika bangunan tersebut habis runtuh.
  5. Dia ditimpa musibah yang memusnahkan hartanya, seperti banjir,terbakar,kecurian, dan sebagainya.
  6. Dia ditimpa penyakit kronik sehingga habis hartanya dibelanjakan untuk mengubati penyakit tersebut.
  7. Dia terlupa di mana hartanya disembunyikan."
(Dipetik dari Gen-Q,isu no.3,Mengapa Doa Belum Dimakbulkan?,m/s:25)

Kedekut sungguh si Haji Bakhil,
Demi cikgu Murni,jadi dermawan;
Jauhkan diri dari sifat bakhil,
Demi redha ALLAH jadilah dermawan.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima..^_^..

Selasa, 14 Ogos 2012

Cinta Oh CInta

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah,Pencipta seluruh alam..alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan bernafas sehingga ke malam 26 Ramadhan 1433H ini..
Allah,Allah,Allah..
Bicara pasal cinta..pasti ramai yang teruja..lagi-lagi anak muda seperti saya..cinta itu fitrah tapi  jangan sampai kita jadikan cinta itu fitnah..ramai tahu yang couple tu haram tapi masih juga couple kerana keegoan diri yang tinggi..ada juga yang mengatakan mereka pandai menjaga diri dan tahu lagi batas-batas pergaulan semasa bercouple,tapi,persoalannya adakah iman di dada mereka seteguh iman nabi Yusuf a.s yang menolak rayuan Zulaikha? Jika solat fardhu pun tunggang-langgang,aurat pun tak tutup dengan sempurna berlandaskan syariat,sudah cukup kukuhkah iman kita? Ramai juga yang ingat,dengan bercouple,mereka boleh kenal pasangan mereka sebelum mengambil keputusan untuk bernikah. Padahal,dalam Islam kita sudah diajar untuk mengenali bakal suami atau isteri semasa bertunang..tapi ingat, dah bertunang sekalipun batasan pergaulan masih perlu dijaga..bercinta selepas kahwin itu lebih manis berbanding dengan bercinta sebelum kahwin..bayangkan jika anda diberi hadiah,pastu hadiah tu dibalut cantik dan kemas..SUPRISE!!!anda mesti excited nak bukak hadiah tu kan? sebab anda nak tahu apa isi di dalamnya..berbanding dengan hadiah yang tidak dibalut dan anda tahu pulak apa hadiahnya,mesti anda dah tak suprised kan? lagi-lagi orang lain pun dah tahu dulu apa hadiah yang bakal anda dapat..macam tu juga lah dengan kita..jadi biarlah hubungan kita dengan suami atau isteri kita nanti penuh suprise..jangan takut..kan boleh istikharoh sebelum membuat pilihan,yakin dengan Allah..hanya Dia yang tahu siapa yang terbaik buat kita dan kita terbaik buat siapa..wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh begitu juga sebaliknya..jangan menunggu yang soleh tanpa berusaha menjadi yang solehah..wallahu a'lam

Jika cintakan harta,kelalaian pada dunia bertambah parah..
Jika cintakan kekasih sebelum nikah,cinta bakal menjadi fitnah..
Jika cintakan ilmu, hidup akan semakin terarah..
Jika cintakan sahabat,salinglah berpimpin menuju redhoNya..
Jika cintakan ibu dan ayah,kehidupan akan diberkati Allah..
Jika cintakan suami atau isteri,terbentuklah sebuah keluarga sakinah dan mawaddah..
Jika cintakan Rasulullah S.A.W.,insya Allah di sana mendapat syafaatnya..
Jika cintakan Allah,hanya itu cinta yang abadi,hakiki dan kekal selama-lamanya..jadi SANDARKAN CINTA KITA KEPADA CINTA ALLAH SEMATA-MATA..
Moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa memayungi kita..maaf atas segala-galanya..





Jumaat, 10 Ogos 2012

Apa Pun Tak Boleh.. (-_-)


Situasi  1
“Abah,adik nak ikut tuisyen bahasa Inggeris boleh tak? Tapi,yurannya mahal sikit, RM250 sebulan..”,tanya si anak.
“Amboi,mahalnya..tapi tak pe lah..yang penting anak abah terror English..nanti bolehlah belajar kat overseas kan? Merasa gak abah ke luar negara..huhu..”,kata abah.
Situasi2
“Abah,adik nak ikut kelas tajwid dan fardhu ain ustaz Azwan boleh? Yurannya RM100 je sebulan.”,tanya si anak.
“Amboi,nak buat kelas agama pun berbayar jugak ke? RM100 pulak tu sebulan..tak payahlah ikut,mahal sangat tu..lagipun kat sekolah kan adik ambil pendidikan Islam? Cukuplah tu..kan cita-cita adik nak jadi doktor bukan nak jadi ustaz pun kan?”,kata abah.
“Baik.. Kalau macam tu,abah kena ajar adik tajwid dan fardhu ain,mana cukup pendidikan Islam yang belajar kat sekolah tu..ustaz kata,kalau nak jadi doktor yang hebat dan luar biasa mesti kena terror agama jugak..abah kena ingat,bila abah dah tak de,yang berguna untuk abah hanya 3 perkara dan salah satu darinya adalah doa anak-anak yang soleh,bukan doa dari anak-anak yang apa pun tak boleh. Jadi,adik nak tuntut ilmu agama supaya adik boleh bekalkan abah bekalan untuk kat sana nanti..boleh ye bah ajar adik tajwid dan fardhu ain?”,hujah si anak.
“Alamak..macam mana ni? Aku pun ting-tong lagi bab agama,nak ajar dia..budak ni pun satu jugak,bijak bebenor pulak dia membahas aku..”,kata abah sendirian.
“Tak pe lah dik,adik ikut je lah kelas tajwid dan fardhu ain tu..RM100 pun RM100 lah..”,kata abah.
*Bab dunia,apa pun boleh..bab akhirat,apa pun tak boleh.. (-_-)

Jumaat, 3 Ogos 2012

AMEKAW.....


Satu hari Ali dan Muthu menaiki bas ekspress untuk pulang ke kampung mereka di Selangor sempena cuti semester 1. Ketika dalam perjalanan..
Muthu: Weh,ko baca apa tu?
Ali: hehe...Lawak Antarabangsa..sambil-sambil nak tunggu 5 jam waktu perjalanan ni..
Muthu:hisy,tak habis-habis lawak antarabangsa ko..
Ali: aisy,mana boleh lekang bro..favourite aku ni..tak baca sehari,tak sempurna hidup aku..
Tiba-tiba Muthu terdengar satu suara di belakangnya..suara yang merdu tetapi sayup-sayup kedengaran. Muthu pun menoleh ke belakang.
Pemuda:Sorry bro,kalau saya menganggu..
(sapa pemuda itu)
Muthu: It's okay..just continue your reading..
(kata Muthu sambil mengukir sebuah senyuman)
Muthu pun memalingkan pandangannya semula ke arah Ali di sebelahnya. Ali ketika itu sedang asyik melayan lagu melalui i-pod nya sambil terkumat-kamit mulutnya menyanyi.
Muthu: Hoi bro..perlahan lah sikit..ko ni tak habis-habis dengan lagu k-pop ko..
Ali: Alamak,rilekslah Muthu..kunolah kalau tak layan k-pop..
Muthu: Ye ke?,suka hati ko lah....wei Ali,aku peliklah..
Ali: apa yang ko pelikkan?
Muthu: Aku pelik..ko Islam kan?
Ali: Hey,of course lah..kenapa ko tanya tetiba ni?
Muthu: Cuba ko tengok mamat yang pakai baju hijau kat belakang aku ni.
Ali pun menoleh ke belakang.
Ali: Hah,kenapa?
Muthu: Dia Islam jugak kan?
Ali: Ha'ah lah..kan dia pakai kopiah tu..
Muthu: Tapi,aku peliklah bro..
Ali:Haisy ko ni..dari tadi pelik,pelik..apa yang peliknya? Cuba ko cakap terang-terang..
Muthu: Aku peliklah..selama kita duduk sebilik kat hostel,aku tak pernah dengar ko baca buku yang mamat kat belakang tu baca..pastu,aku tak pernah tengok ko sembahyang pun..aku tengok cara hidup ko dengan aku lebih kurang je..macam tak de beza..Tuhan ko tak marah ke?
Ali(berkata sendirian): Ades..apa aku nak jawab ni?

Na'uzubillahi min zalik..jangan sampai kita membawa fitnah kepada Islam..

Ahad, 29 Julai 2012

'Date' with Him on time


"along,dah solat belum?",tanya ibu.
"hehe..belum bu..",balas Wardah sambil tangannya menggerodek kekunci laptopnya.
"habistu,nak tunggu bila ni?",tanya ibu lagi.
"Jap lagi Wardah solatlah bu..Wardah tengah chatting dengan kawan sekolah lama Wardah ni..",ujar Wardah.
"Haisy,budak ni..dah,dah tutup laptop tu,dah pukul 3 ni..karang habis waktu Zohor..",bebel ibu lagi.
"ye,ye,ye..Wardah gerak sekarang..",balas Wardah sambil berlalu pergi menuju ke bilik air.
"Wardah,Wardah..",bicara ibunya sendirian.

"Bu,dah nak pukul 2 ni..Wardah janji dengan kawan-kawan pukul 2..cepatlah bu..diorang semua jenis yang on-time..malulah Wardah nanti kalau lambat..",kata Wardah sambil melihat-lihat ke arah jam di tangannya.
"Ye,sabarlah..along tak nampak ke,jalan tengah sesak ni?",ujar ibunya.
   Wardah mendiamkan dirinya. Setelah terkandas selama 30 minit dalam kesesakan jalan raya,Wardah dan ibunya tiba di hadapan Restoran Ani.
"Hah,cepatlah turun..dah pukul 2.15 ni..cakaplah dengan kawan-kawan,traffic jam tadi.."
"Tak mau lah bu..Wardah malu lah bu..dah lambat 15 minit ni.."
"Oo..malu ye?..ni,ibu nak tanya,along malu tak bila melambat-lambatkan solat? "
Wardah yang berusia 13 tahun hanya mendiamkan diri.
"Along,solat tu lah masa kita nak dating dengan Allah..kalau dengan manusia yang lemah kita rasa malu bila terlambat,kenapa kita tak malu pada Allah yang Maha Perkasa bila kita terlambat atau sengaja melambat-lambatkan waktu 'dating' denganNya? Along ingat lagi tak tujuan hidup kita kat dunia ni apa?"
"Cari redho Allah,bu..",jawab Wardah sambil menundukkan wajahnya.
"Hah,ingat pun..jadi,along kenalah buat perkara yang Allah suka,dimana salah satunya solat di awal waktu.."
"Baik bu,terima kasih sebab ingatkan Wardah..",kata Wardah sambil memeluk ibunya.
"Dah,pergilah jumpa kawan-kawan along..minta maaf kat diorang sebab lambat ye.."
"Baik bu.."

Daripada Abdullah Bin Mas'ud R.A berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W.: Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah? Rasulullah S.A.W.menjawab " Solat pada waktunya." Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab "berbuat baik kepada kedua ibubapa". Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab: "Berjihad di jalan Allah". (Muttafaqun 'alaih)

Ahad, 22 Julai 2012

Pakar Dunia,Jahil Agama


“Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan cik Nabilah?”
“Maaf ye,bukan cik tapi Prof.Nabilah..siapa ni?”
“Maaf,Prof.Nabilah..saya Dr.Wardah dari Hospital Tanjong Karang..saya nak bagitau yang ibu prof sedang tenat sekarang..”
(dalam keadaan cemas)“Baik,saya datang sekarang”
Setibanya di hospital..
“Maaf prof. ,kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan ibu prof.,namun Allah lebih menyayanginya..”
“Maaak!!!…..”(sambil meluru ke arah jenazah ibunya)
        **********************************************************************************
Di rumah,sewaktu memandikan jenazah ibu prof. Nabilah.
“Mak cik,boleh tak uruskan jenazah mak saya tu baik-baik sikit? Janganlah kasar sangat,kasihan jenazah mak saya..”,ujar Nabilah.
“Amboi,banyak bunyi pulak budak ni..bersyukurlah aku nak mandikan mak kamu ni,daripada kamu yang dok tengok je dari tadi,tak nak pun mandikan jenazah mak kamu ni..”kata mak Ton.
“Mak cik,saya bukan tak nak mandikan jenazah mak saya,tapi saya tak reti..lagipun saya tak pernah ikut mana-mana kursus pengurusan jenazah,sebab tu bukan bidang saya.. ”,ujar Nabilah lagi.
“Tu lah budak-budak sekarang,belajar tinggi-tinggi tapi bab agama jahil..tak kisahlah kamu tu bidang kedoktoran ke,jurutera ke yang penting ilmu agama tu kena ada sebab kita ni orang Islam..ni,mak Ton nak cakap sikit,esok kalau kamu dah ada anak,jangan lupa bekalkan anak kamu dengan ilmu agama jugak supaya bila kamu meninggal nanti,ada jugak anak kamu yang boleh uruskan jenazah mak nye sendiri,manalah tau kot-kot kamu meninggal nanti orang yang ganas macam mak ton ni je tinggal yang reti nak memandikan jenazah,kesian pulak kat kamu kan?..dahlah,aku malas nak membebel banyak-banyak,karang lambat pulak pengurusan jenazah mak kamu ni.. ”,bebel mak Ton panjang lebar.
Nabilah hanya diam membisu sambil mengalirkan air mata..

Sabtu, 14 Julai 2012

Kerana Dirimu Begitu Berharga..


“kak long,Darwish nak tanya sesuatu boleh?”
“hmm..tanyalah..”
“kak long selalu telefon siapa malam-malam? Darwish tengok setiap malam kak long bergayut..”
“erm..dengan kawan kak long lah..”
“ooh..kawan kak long tu lelaki ke perempuan?”
“lelaki..yang sibuk nak tau kenapa?”
“lelaki? Masya Allah..kak long,kenapa kak long murah sangat?”
“PANG!!!!”
“aduh..”
 “hei,mulut ko tu jaga sikit boleh tak?..sampai hati ko kata akak ko ni murah?..seburuk-buruk aku,aku tetap jaga maruah diri aku ni tau tak? ”,kata Nisa’ sambil bercucuran air mata.
“kak long,kalau kak long jaga maruah kak long,kak long takkan melembut-lembutkan suara dan berbual-bual kosong dengan lelaki yang bukan mahram kak long dalam telefon tu..”
“yang ko sibuk kenapa? Aku bukannya guna phone ko ke,minta ko duit beli prepaid ke..tak de kan? Lagipun kitaorang sekadar berbual di telefon je,bukannya buat apa-apa yang tak patut..kitaorang tau lagi lah apa yang haram dan yang halal..ko tak payah nak tunjuk lagaklah..mentang-mentang sekolah agama,nak berlagak..akak ko ni pun sekolah agama gak..”
“kak long,sebab Darwish sayangkan kak long lah Darwish tegur kak long..memanglah kak long tak buat apa-apa..tapi,Darwish nak tanya..masa kak long berbual dengan lelaki tu dalam phone,kak long ingat Allah ke? Kak long tak rasa apa-apa? ke,kak long punya iman setanding iman nabi Yusuf yang mampu menolak godaan Zulaikha?..”
Nisa’ terdiam membisu…
“Kak long,Darwish faham perasaan kak long..peringkat kita sekarang ni memang ada perasaan ingin mencintai dan ingin dicintai..tapi,tu semua ujian dari Allah..Allah nak uji kita samada kita ni pandai atau tidak menguruskan fitrah kita tu..Darwish tak nak maruah kakak Darwish jatuh kerana hubungan yang Allah haramkan..kalau boleh Darwish nak seorang lelaki soleh yang mengambil alih tanggungjawab  Darwish supaya lelaki tu boleh bimbing kakak Darwish menuju cinta Allah bukannya memimpin tangan kak long mengundang kemurkaan Allah .. ”
Berjujuran air mata Nisa’ mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya.
“Maafkan kak long,dik”,kata Nisa’ sambil memeluk Darwish yang merupakan satu-satunya insan yang masih ada dalam hidupnya.
“Maafkan Darwish jugak kak long sebab kata-kata Darwish yang menyakitkan hati kak long..satu yang Darwish nak kak long tahu..Darwish sayang kak long kerana Allah..”
Wallahu a’lam..

Sabtu, 7 Julai 2012

Salam je kot...

"wardah,kenapa kamu tak salam suami mak su tadi? kamu tu dah lah jarang jumpa sedara-mara..nanti apa pulak kata orang..",ujar Atan.
"Maaf,abang. Wardah bukan bermaksud nak menyombong dengan suami mak su tu,tapi kan kita dilarang bersentuhan dengan orang yang bukan mahram kita?",bicara Wardah.
"Ye,abang tau tu..tapi,kan dia dah jadi suami kepada mak su kita,jadi kamu kenalah hormat kat dia..at least,bila jumpa tu salam..salam je kot..yang penting niat kita nak eratkan silaturrahim..kan segala perbuatan tu yang pentingnya niat...",kata Atan lagi.
"Tapi bang,matlamat tidak sesekali menghalalkan cara..",sambung Wardah lagi.
"Maksud kamu?"
"yang bermula dengan niat tu adalah amalan yang kita lakukan..tapi untuk sesuatu yang Allah memang dah tetapkan,kita tak boleh sesuka hati menghalalkan sesuatu yang Allah haramkan dengan beralasankan niat kita.. ",ujar Wardah lagi.
"habistu,kalau kita tak salam sedara kita nanti,kan boleh putus silaturrahim?"
"Abang,tak boleh bersalam bukan bermakna kita tak boleh bertegur sapa kan? Jadi,banyak lagi sebenarnya cara kita nak sambung silaturrahim..bukan sekadar bersalam je..kita jugak boleh bertanya khabar dan sebagainya..asalkan tak langgar batas syariat.."
"Hmm..kalau diorang anggap kita sombong jugak macamana?"
"Tak pe kalau org benci kita sbb kita nak cari redho Allah drpd kita undang kemurkaan Allah sbb nak manusia suka..bukan manusia yg tentukan hidup kita kan?",ujar Wardah penuh keyakinan.
"betul,betul,betul.." *_*

Dari Ma’qil bin Yasar r.a., Nabi Saw bersabda: “Kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik dari pada dia menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya.” (HR. At Tabrani)

Ahad, 15 Januari 2012

Senyum ^_^

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh..

AlhamduliLlah..segala pujian dirafakkan kepada Sang Pencipta sekalian alam yang tiada cacat celanya kerana masih bermurah hati meminjamkan hamba NYA ini dengan nikmat nyawa dan iman di dada..

SubhanaLLAH..Maha Suci ALLAH..senyum..satu perbuatan yang mudah dilakukan..dan yang paling penting senyum merupakan satu sedekah yang paling mudah..dengan senyuman kita dapat menenangkan mata yang memandangnya..boleh jadi,kadangkala senyum juga boleh meredakan keresahan di jiwa..

Ya ALLAH,teringat pula kat pak cik yang jual roti john tadi..senyuman di bibirnya tak lekang-lekang..sehinggakan saya pun terikut sama tersenyum melihat senyuman yang terukir di wajahnya..lagi bertambah tenang,alunan Asmaul-Husna dan alunan suci 'ayat-ayat cinta' ALLAH  berkumandang di corong telinga ni..tatkala menyiapkan  roti john yang ditempah,mulutnya kumat kamit mengikut alunan suci yang dipasangnya..subhanaLLAH..moga ALLAH memberkati rezeki pak cik tu..

hmm..kan bagus kalau semua orang Islam yang berniaga di negara kita ni,tak kisahlah,berniaga di jalanan ke,warung-warung kecil ke,restoran ke, memasang ayat-ayat al-Quran buat halwa telinga mereka sendiri dan para pelanggan ..sambil mencari rezeki,kita juga dapat mengajak orang mengingati al-Kholiq..bak kata pepatah,"sambil menyelam minum air"..tapi,senarionya,sekarang ni kebanyakan peniaga lebih gemar menghidangkan pelanggan mereka dengan paparan yang melalaikan kita dari mengingati ALLAH..masya ALLAH..apatah lagi kadangkala tatkala azan berkumandang,suara dari kaca televisyen lagi kuat kedengaran dari suara azan yang sayup-sayup kedengaran..itulah kita manusia akhir zaman yang terlalu leka dengan dunia sehingga tidak mempedulikan seruan dari ALLAH yang Esa..nauzubiLLAHi minzalik..

Senyumlah walaupun hatimu sedang berduka,kerana senyuman yang paling manis adalah senyuman yang diukir tatkala tabah dan ikhlas menghadapi dugaan yang melanda..senyum kerana ALLAH membawa bahagia..bukan kepada dirimu sahaja bahkan insan disekelilingmu turut merasainya..


WaLLAHu a'lam..
Maaf andai ada kata yang menghiris hati.

Rabu, 4 Januari 2012

Sahabat-sahabat Ukhwah fiLlAH..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh..

SubhanaLLAH,walhamduliLLAH,ALLAHu akbar!..

Segala pujian bagi ALLAH pencipta sekalian alam..

Ku minta pokok,Allah bagi hutan,
Ku minta bunga,Allah bagi taman,
Ku minta air,Allah bagi hujan,
Ku minta teman,Allah bagi kamu..

Segala pujian bagi ALLAH..betapa hebatnya ikatan ukhwah yang dijalin kerana ALLAH semata-mata..manisnya ukhwah fiLLAH mengalahkan manisnya madu..

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

sedih benor rasanya bila dengar lagu 'Sebuah Pertemuan' nyanyian UNIc tadi..teringat kat sahabat-sahabat ukhwah fiLLAh masa kat matriks dulu..depalah sahabat yang benar-benar sahabat saya pernah kenal..tak lupa juga kawan-kawan saya sedari tadika sampailah sekolah menengah..tapi,sekarang ni semua dah terpisah jauh..ada yang tercampak kat utara, kat selatan kat timur,boleh kata seluruh Malaysia termasuklah Kepulauan Borneo sana..lagi-lagi Yasmin Safinah yang nun jauh kat Mesir sana..moga-moga Allah pertemukan kita semua semula..andai tiada jodoh di dunia,moga di akhirat kelak kita dipertemukan semula..amiin..

AlhamduliLLAh,bila dah masuk universiti, ALLAH masih bermurah hati meminjamkan saya sahabat-sahabat yang sentiasa mendambakan cintaNYA..Syukur yang tak terhingga juga sebab saya dapat ramai 'kakak' bila masuk UTeM ni..kakak-kakak ni lah yang banyak membantu saya dan kawan-kawan yang masih junior ni..kak As,kak Baizura, terima kasih banyak-banyak sebab banyak tolong saya kalau saya ada masalah terutamanya masalah dalam pelajaran..kak Nadia Mujahidah,terima kasih juga sebab selalu pinjamkan telinga untuk saya,dan selalu beri nasihat..terima kasih juga buat semua kakak-kakak dan kawan-kawan yang sanggup menerima saya seadanya..mungkin adakalanya ada tindak-tanduk saya yang menyakitkan hati kakak-kakak dan kawan-kawan..maafkan saya ye..

Sahabat-sahabat sekalian,moga ikatan ukhwah yang terjalin antara kita semua sentiasa dinaungi redho dan rahmatNYA..walaupun jauh di mata,namun kerana ukhwah yang dijalin dan perasaan sayang-menyayangi antara kita kerana ALLAH semata-mata,ikatan ukhwah kita masih utuh..salam rindu bersalut sayang buatmu sahabat-sahabatku..ukhwah fiLLAH abadan abada..^_^..